Pages

Muqaddimah

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog areMaL. Blog ini adalah merupakan blog sendirian berhad. Segala yang tercatat dalam blog ini adalah hak pemilik blog kecuali diberitahu. Jika terdapat kesalahan fakta, kesalahfahaman isu atau yang berkaitan dengannya sila hubungi terus blogmaster :D

Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar HIJAU. Bersabarlah sekejap menunggu warna HIJAU itu, sementara warna MERAH dan KUNING silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" TGNA

Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk dapat menolongmu,Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlahmu sekalipun pakar yang menunjukkannya.
www.flickr.com
areMaL's items Go to areMaL's photostream
Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

13 January 2010

Aku Mau Hak Aku



 
Klik untuk membesarkan imej



Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).

Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).

Ianya terletak di Blok-Blok berikut,

* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303
* PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN


Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
* Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA)

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah teluk Thailand (Siam).

Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block:

- Block A-18

- Block B-17

- Block C-19

Diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA , sumber Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf (Trillion cubic feet).

Spekulasi dari para penganalisa mengatakan kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf.

Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess.

Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut.

Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating Company (CTOC), usahasama antara Petronas Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari JDA di Block A-18 yang dianngarkan mempunyai simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 MMcf sehari pada April 2007.

Terjemahan drpd http://www.eia.doe.gov/cabs/Malaysia/NaturalGas.html
Sumber

20 November 2009

Menteri Besar Kelantan kais pagi makan pagi

Pada persepsi umum atau minda awam, mereka yang menjadi Menteri Besar atau berkaitan dengan menteri diklaskan sebagai pemimpin, sudah tentu banyak wang.

Masyarakat melihat pada zahir menteri tinggal di rumah besar, menaiki kenderaan mewah ketika menemui rakyat maka sinonimnya sudah tentu gaji besar, wang banyak dan harta bertambah.

Mereka yang rapat pada mata rakyat seperti Ahli Parlimen contohnya boleh berubah mendadak daripada miskin kepada kaya selepas terpilih menjadi wakil rakyat maka tidak hairan kepada persepsi tersebut keatas menteri.

Rakyat tidak akan kata menteri tidak ada duit. Lepas bersara atau yang paling hebat, baru sahaja naik menjadi menteri, sudah terdengar tanah dan rumah di sana sini. Kereta menjalar daripada buruk kepada baru malah tidak mampu dibilang. Tambah kata orang, pencen pun tak habis makan.

Maka kalau itu persepsi yang sudah menjadi informasi, kenapa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan terus hasratnya menunaikan Haji pada tahun ini apabila isu penajaan mengerjakan Haji beliau menjadi bahan perbincangan umum.

Beliau sudah menjadi Menteri Besar selama 19 tahun, maka tidak hairan kalau tajaan menjadi isu, beliau boleh menunai Haji dengan wang sendiri tetapi kenapa ditangguh sehingga tahun depan?

Inilah perkara yang tidak mampu difikir kerana persepsi sudah menjadi informasi maka tidak terlintas kepada minda orang ramai bahawa Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak ada wang.

Tidak terlintas langsung pada pemikiran awam bahawa Nik Abdul Aziz bekerja sebagai Menteri Besar selama 19 tahun dengan gaji beribu sebulan tetapi masih tidak ada wang mahu mengerjakan Haji.

Boros sangat Nik Abdul Aziz sehingga tidak ada langsung wang dalam simpanan! Cuba tengok menteri lain berapa banyak wang dalam bank? Simpanan dekat bank di Swiszeland, entah berapa gunung jumlahnya.

Cuba bertanya kepada orang Umno, kemana hilang wang projek pembangunan perumahan rakyat termiskin (PPRT) sebagaimana yang didedahkan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa lebih RM47 juta duit lesap di Terengganu dan di Kelantan. Ini semasa Datuk Anuar Musa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Datuk Seri Idris Jusoh jadi Menteri Besar Terengganu.

Ada pihak yang mendengar khabar Idris serta kroni berebut sakan dengan wang tersebut telah terbangkan ke Swiszeland. Itu cerita lama yang sampai sekarang hasil siasatan tidak didedahkan kepada umum. Itu cerita lama, kepada Melayu mudah lupa memang sudah lupa.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hanya dua penggal memegang jawatan tersebut tetapi sudah mempunyai rumah bernilai RM24 juta sebagaimana didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ng Suee Lim.

Khir bagaimanapun menafikan katanya rumah beliau hanya bernilai RM3.5 juta termasuk aset tanah. Tambah Khir, kalau rumahnya bernilai RM24 juta, beliau sanggup lantik Suee Lim sebagai ajen jualan rumah beliau.

Suee Lim sahut cabaran dan sedang menunggu surat lantikan ajen tetapi sehingga sekarang Khir membisu.

Terpulang kepada Khir mahu menilai berapa harga rumahnya, namun yang jelas 19 tahun Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar satu sen harta pun tidak ada pada beliau. Memang masjid beliau membesar tetapi rumah beliau dibelakang masjid kata orang Kedah: "Tang tu juga."

Apakah orang seperti Nik Abdul Aziz yang tiada harta mahu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Nanti SPRM diketawakan rakyat Kelantan. Kata mereka: "Sepatutnya Tok Guru kawe yang patut siasat SPRM."

Dilihat dengan mata kasar memang Nik Abdul Aziz menaiki kereta besar, berpejabat besar dan bergaji besar tetapi apa yang tidak diketahui umum beliau umpama orang miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ini jiwa besar yang ada pada Nik Abdul Aziz dan tidak ada pada menteri lain. Beliau meletakkan feelnya seperti orang kebiasaan. Menjiwai rakyat miskin dengan nilaian perasaan bukan hanya sekadar bercakap: "Kesian orang miskin."

Oleh kerana itu, rakyat perlu sayang kepada beliau. Sukar mahu cari pemimpin seperti ini. Seorang pemimpin yang memecah tembok kefahaman kebendaan melalui cara hidup beliau sendiri. Itulah akhlak yang ada kepada seorang pemimpin bukan hanya sekadar dimulut tetapi mengamal apa yang diperkatakan.

(Gambar: Rumah Nik Aziz di Pulau Melaka tidak sama dengan rumah para menteri besar BN walaupun sudah 19 tahun menjadi MB)


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim nampak nilaian yang ada kepada seorang Tok Guru sehingga beliau berani meletakkan Nik Abdul Aziz sebagai ikon kepada penyatuan tiga parti dalam pakatan rakyat yang akan didaftarkan.

Mereka yang menulis sehingga seolah menjebakkan Nik Abul Aziz dalam kancah rasuah patut berfikir dua kali. Bandingkan harta penulis dengan harta Nik Abdul Aziz. Lihat pengorbanan beliau kepada rakyat sehingga 19 tahun menjadi pemimpin, apakah tidak ada bahagian wang untuk beliau merasai nikmat kekayaan.

Sepatutnya orang yang mahu bersedekah, menghulur tangan kanan, tangan kiri tidak tahu. Itu yang dinamakan ikhlas. Kalau mahu bersedekah atau menaja Nik Abdul Aziz menunai Haji kenapa perlu mendedahkan kepada umum jika berniat ikhlas.

Mereka yang ikhlas, Allah SWT memberi ganjaran besar tetapi bila didedah kepada umum maka hilanglah ikhlas. Orang awam akan lihat ada kepentingan kerana Nik Abdul Aziz bukan sahaja ulama malah beliau Menteri Besar Kelantan.

Hadiah, sumbangan atau sedekah bagi orang awam lebih baik bisu supaya Allah memberi ganjaran yang besar. Lainlah ulama atau orang politik yang mahu beri sedekah kerana ia boleh jadi contoh akhlak baik kepada orang awam dan mendatangkan nama baik kepada parti.

Nanti ada yang bertanya, apakah sedekah bisu kepada Menteri Besar itu tidak mengundang rasuah? Kalau Menteri Besar itu tidak berakhlak maka berlakulah rasuah. Itu pentingnya pemimpin berakhlak daripada seorang ulama berjiwa kerohanian yang tinggi sehingga bila melakukan dosa nampak azab neraka Allah.

Lainlah menteri, sudahlah profesional dan jauh pula dengan didikan Islam maka lagi seronok dapat hadiah secara bisu. Akhirnya yang bagi hadiah dapat projek pun bisu. Bila sudah meletup dengan bom maka pecahlah lubang. Berapa seleweng harga kapal selam dan Sukoi?


Ketua Unit Senjata Api Dan Kesan Alat di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Petaling Jaya, Shaari Desa, berkata bahan letupan jenis 'pentaerythritol tetranitrate' (PETN) dan 'cyclotrimethylene trinitramine' (RDX) tergolong dalam kumpulan 'secondary explosive', digunakan untuk meletupkan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu yang biasanya digunakan untuk aktiviti ketenteraan.

Oleh Adnan Ibrahim

05 November 2009

Kelantan Mundur? - Satu Dakyah Memalukan

Bila ada pilihan raya kecil, isu Kelantan mundur telah dilaungkan dalam kempen, termasuk oleh pemimpin besar negara, tetapi ianya segera diberhentikan seperti seolah-olah tersasul. Ini berpunca dari dakyah media yang berjaya memperdaya otak penduduk Malaysia termasuk pemimpin tinggi negara.

Semasa satu rombongan dari kampung dibawa ke KL pada 2004, salah satu tempat yang dilawati ialah Kementerian Dalam Negeri, semasa taklimat, antara maklumat yang diberikan ialah, hampir 50% daripada penuntut keseluruhan IPTA dan IPTS adalah pemegang kad 03 iaitu asal dari Kelantan, selebihnya ialah bangsa lain dan orang Melayu negeri lain. 70% daripada pegawai dan guru-guru kumpulan A adalah orang Kelantan.

Perkembangan ilmu di Kelantan bermula sejak lebih seratus tahun dahulu dan terkenal diseluruh Nusantara semasa berkembangnya pengajian pondok.

Kepada sesiapa yang pernah belajar di Universiti atau belajar sekolah asrama penuh akan tahu tentang jumlah pelajar Kelantan. Ini bermula sejak sekolah menengah Melayu diujudkan pada awal 70 an. Baru-baru ini saya sempat bertannya dengan pelajar UPSI dan UUM, kedua-duanya mengatakan 40% dari pelajar adalah orang Kelantan.

Modal insan yang amat luar biasa ini telah membawa perubahan besar dari segi penduduknya. Penduduk Kelantan adalah paling maju di Malaysia jika dikira dari segi orang Melayu. Mall dan Hypermarket mencatat jualan terbesar di Malaysia. Trend baru sekarang ialah Supermarket dibina di kampung-kampung di Kelantan.

Mengapakah modal insan mampu membawa perubahan begitu besar ? Dengan pendidikan tinggi, mereka tergolong para profesional, ahli perniagaan di seluruh Malaysia dan luar Malaysia dan berkhidmat disektor awam dan swasta. Segala kekayaan yang diperoleh dibelanja di Kelantan.

Kerajaan hanya mampu membina jalan raya, sekolah, universiti, pejabat kerajaan dan lain-lain. Tetapi dari segi penduduk Melayu tidak banyak berubah. Ini berlaku diluar Kelantan. Banyak yang masih berada di tahap lama dan amat mengejutkan orang Kelantan, bila mereka berkunjung kenegeri lain dan melihat keadaan orang Melayu negeri lain.

Ledakan pembinaan rumah-rumah mewah diseluruh kampung di Kelantan adalah satu fenomena yang amat luar biasa. Ada ratusan rumah mencecah jutaan ringgit dan kalau di Selangor boleh bernilai hingga 20 juta. Jika dibuat bancian mungkin nilai rumah kediman di seluruh Kelantan ini boleh mengatasi rumah kediaman di Selangor. Fakta ini sepatutnya tidak disembunyikan.

Pada masa ini, mana-mana pelajar Kelantan yang belajar di Universiti, ibu bapanya juga lepasan universiti. Ini kerana perkembangan ilmu telah lama berlaku di Kelantan sejak nenek moyang mereka dahulu. Negeri lain perlukan mungkin 20 tahun lagi untuk mencapai tahap ini.

Bayangkan jika semua pelajar universiti dari Kelantan di bawa balik ke Kelantan, hampir separuh dari universiti akan kosong.

Kempen Kelantan mundur patut dihentikan segera kerana memalukan bagi orang mengeluarkan kata-kata itu dan akan memakan diri orang Melayu diluar Kelantan kerana menyangka mereka lebih maju dan akan terkejut besar bila melawat, terutamanya diluar bandar di Kelantan.
Orang Kelantan sebenarnya menguasai Malaysia seperti mana orang Yahudi menguasai Amerika

Sumber

01 August 2009

Himpunan Mansuh ISA

Aku sempat pergi demo Anti-ISA.. bukan PRO ISA ye... and sempat snap beberapa picca sebelum bateri abiss! huh.. frust.. tak sempat nak cover sampai kat SOGO! apapun.. MANSUHKAN ISA! nie sempat upload beberapa keping. Masuk flickr untk gambar selebihnya.


























19 February 2009

Muslimat Tonggak Ummat


Akuilah hakikat kejadian dirimu menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu sekuntum bunga yang indah, tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Ingatlah sahabatku yang tersayang, Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang yang terpilih yang dijanjikan Allah buatmu.

Wahai wanita tidak bertudung…
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang
bertudung…..

Wahai wanita yang bertudung…
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat
membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau
bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada…
tudung.jpg
Wahai wanita bertudung labuh…
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak
bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa….

Wahai wanita yang bertaqwa….
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh..

Wahai muslimah solehah pula…
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.
Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..

17 February 2009

Ampun Tuanku Beribu Ampun patik memohon ‘sembah derhaka’

Bismillahirrahmanirrahim..Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Tuhan Pencipta Sekalian Alam..Tuhan yang menciptakan Adam dan Hawa serta Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yang telah diutuskan-Nya, Tuhan yang mengatur tadbir alam dengan sempurna lagi bijaksana, ‘Raja’ bagi segala Raja serta pemerintah dihari pembalasan, sesungguhnya tiada yang layak disembah melainkan Allah..Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W insan pembawa rahmat kesekalian alam.

“Ampun Tuanku Beribu Ampun, sembah patik harap diampun, patik cuma rakyat jelata, ingin meminta sekelumit masa mendengar bicara rakyat biasa yang makan beras padi cuma. Merafa’ sembah ke bawah Duli Tuanku Sultan serta sekalian Raja-Raja, Ampun Tuanku Beribu Ampun patik memohon ‘sembah derhaka’, maafkan patik menongkah arus mengunjuk rasa patik hanya berpegang pada kata ‘Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah’..”

“Ampun Tuanku Beribu Ampun, patik tak meminta Tuanku turun takhta, tak pula meminta simpati jua..cuma secebis ‘Keadilan’ saja buat patik merasa bahgia..Bersemayamlah Tuanku aman sejahtera di atas Tahkta di Singgahsana”

“Ampun Tuanku Beribu Ampun, sekalian rakyat tahu Tuanku bijaksana memerintah dengan seadil-adilnya..namun pasti ada celanya, kerana kita insan biasa, yang patik rasa salah tak semestinya salah, yang Tuanku rasakan betul belum pasti betul, semua berserah pada Yang Esa..teruslah Tuanku memerintah dengan bijaksana tanpa di pengaruhi pertualang durjana”

“Ampun Tuanku Beribu Ampun, patik bukanlah Si Tuah yang taat setia, membabi buta tanpa usul periksa, namun bukanlah patik Si Jebat derhaka, tetapi jika ditelusuri kisahnya, derhaka Jebat bukan saja-saja, derhaka Jebat bukan kerana kuasa serta harta, derhaka Jebat Keadilan yang dituntutnya, namun tak jua patik salahkan Penguasa..fitnah dan adu domba jadi angkaranya…sekarang seluruh Tanah Melayu tahu kisahnya..derhaka dulu, sekarang tauladannya”

“Ampun Tuanku Beribu Ampun, patik sesekali tidak meminta setitik peluh Tuanku tumpah kerna patik yang hina dina, tak pula patik pinta Tuanku bersusah payah untuk makan patik sekeluarga, janganlah ditangisi keadaan patik ini, dan janganlah Tuanku Murka melihat rakyat mengunjuk rasa, janganlah Tuanku bermuram durja taktala rakyat memperjuangkan hak mereka, jika ada yang menahan tandu yang membawa Tuanku hitunglah dengan budi bicara dengarlah rintihan mereka, tiada niat memporak perandakan pemerintahan Tuanku, cuma ingin berkongsi rasa”

“Ampun Tuanku Beribu Ampun, bukan menolak ketentuan-Nya gugur iman menolak qada’ dan qadar-Nya..patik tak risau kehilangan kuasa kerana sekadar dipinjamkan cuma, kadang hati sakit terasa bagai ditusuk sembilu bisa bila pertualang derhaka mencucuk jarumnya..ketika sang pertualang serta konconya dari ‘seberang’ berbuat derhaka rakyat jugalah menjadi dinding serta tembok buat Tuanku sekalian Raja, bukan minta diangkat menjadi juara cuma sekadar ingatan saja”

“Ampun Tuanku Beribu Ampun, sekian dahulu bicara patik, celoteh bahasa yang tak seberapa, silap salah terkasar bahasa, mohon maaflah yang patik pinta, jika hendak bercerita, keturunan patik berdarah panglima..zaman berzaman mengangkat Raja..tiada rasa ingin menderhaka, taat setia menjunjung kasih, namun takkan patik menurut saja membuta tuli tanpa suara..patik tak hirau jika pertualang menuduh patik derhaka, kerana patik tak risau ditahan dipenjara dunia, kerana patik hamba sehaya tiada harta tiada apa..juga tiada saudara yang akan menuntut bela..cuma yang ada bekal sahaja untuk patik bawa ke ‘sana’..mengadap Tuhan yang Maha Kuasa..Raja segala Raja..Pemerintah yang kekal Abadi, tiada kuasa setanding-Nya, kita menyembah Tuhan yang sama ‘waatiullah hawaatiurasul waulilamriminkum’ Taatlah kepada Allah dan Rasul, serta patuhlah kepada pemerintah yang adil serta mengikut syariat Allah..’takkan melayu hilang di dunia’ jika itu kehendak serta kemahuan-Nya, namun jika Ia berkemahuan maka pupuslah bangsa kita, yang pasti Islam takkan lenyap dan itulah janji-Nya.. ALLAHUAKHBAR! DAULAT TUANKU –sembah patik harap diampun”


15 September 2008

16 SEPT : Katakanlah Insya'Allah

Saat saya menulis ini, tempoh menjelang 16 Sept hanya tinggal sehari sahaja lagi. Tentu sahaja debaran dan degup jantung rakyat Malaysia kian rancak menanti apa yang bakal berlaku .
Masih ada yang bertanya kepada saya mengenai 16 sept meskipun saya telah menulis mengenainya dalam posting yang terdahulu.
Sikap saya jelas dan konsisten sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini . Untuk memberi kenyataan berkaitan , saya tidak mahu dan tidak boleh mendahului taqdir Ilahi . Saya hanya berdoa semoga Allah swt. memberi kekuatan kepada kita semua untuk terus berjuang dan memastikan Islam yang menjadi asas perjuangan kita terus terpelihara .


Sederhanalah dalam tindakan

Sebelum ini pun , bukanlah saya prejudis terhadap usaha untuk menumbangkan UMNO dan BN. Tersangatlah setujunya saya dengan usaha sedemikian. Cuma saya mengeluarkan kenyataan yang kelihatannya kontra dengan semangat 16 Sept adalah bertujuan mewujudkan situasi balance dikalangan kita agar tidaklah keghairahan kita melewati batas dan kewajaran .
Sebagai seorang muslim kita sangat diajar oleh Allah swt agar bertindak dalam serba kesederhanaan .خير الأمور أوسطها
Sebelum ini saya lihat dan saya dengar semua orang yang bercakap mengenai 16 sept agak emosional sehingga kelihatan mereka benar - benar yakin akan berubah kerajaan ini pada 16 sept. Saya suka sangat kalau BN ini dijatuhkan , tetapi dalam kita ghairah berusaha ke arah itu , sebagai seorang muslim kita mempunyai cara dan batas yang tersendiri .

Firman Allah swt :

و لا تقولن لشاىء إني فاعل ذلك غدا إلا أن يشاء الله و اذكر ربك إذا نسيت
و قل عسى أن يهدين ربي لأقرب من هذا رشدا

dan jangan sekali - kali engkau mengatakan terhadap sesuatu " aku pasti melakukan itu besok pagi " kecuali dengan mengatakan "Insyaallah" dan ingatlah kepada tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah Mudah - mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini .
Surah al Kahfi : ayat 23 - 24

Setakat yang saya dengar sebelum ini di pentas - pentas ceramah , 16 sept diyakini sepenuhnya tanpa sepatah perkataan Insyaallah . Yakin penuh dengan kehebatan strategi dan think thank Dato' Seri Anwar Ibrahim . Saya sangat bimbang fenomena tersebut. Seolah - olah tuhan pun tidak berhak campur tangan dalam percaturan 16 sept kelak .
Apabila ada pihak yang membentang pandangan kedua serta kelihatan sedikit kontra dengan semangat 16 sept , suasana menjadi riuh dan tidak kurang yang marah kepada saya kerana menganggap saya tidak setuju dengan 16 sept .

Jangan nafikan Taqdir Ilahi dalam Strategi

Berulangkali saya kata , bukan saya tidak setuju tetapi jangan terlalu ghairah sehingga lupa Allah swt yang menentukan segalanya . Setakat strategi , pelan tindakan dan date line untuk bertindak itu tidak mengapa tetapi jangan menghukumkan bahawa ia mesti berlaku atau keterlaluan dalam menonjol kehebatan manusia tanpa disandarkan secara cermat dan hemah kepada ketentuan Ilahi .
Firman Allah swt :

قل اللهم مالك الملك تؤتى الملك من تساء و تنزع الملك ممن تشاء
و تعز من تشاء و تذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شئ قدير

Katakanlah Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kerajaan , Engkau mengurniakan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina siapa yang Engkau kehendaki , di dalam genggamanMu segala kebaikan , Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Maha berkuasa di atas segala suatu .
Surah Aali Imran : Ayat 26

Alhamdulillah , setelah saya bertahan dan menelan serta menerima segala teguran , kritikan balas malah kutukan dari pelbagai pihak , kini mula kedengaran suara - suara yang kendur dari pejuang - pejuang 16 sept.
16 sept hanya tarikh cadangan ....... , kalau tak jadi 16 sept bukan bermakna kita berbohong ....... , 16 sept bukan segalanya ........ , 16 sept hanya satu kemungkinan ....... , 16 sept adalah permulaan ....... , 16 sept kalau tidak jadi kita usaha lagi ....... 16 sept , PAS tidak pernah terikat dengan tarikh tersebut ....... dan berbagai lagi nada yang menunjukkan bahawa kita tidak lagi bergantung penuh kepada 16 sept.

Pandangan kedua senantiasa diperlukan

Saya percaya bahawa kendurnya kenyataan berbanding sebelumnya adalah hasil dari pendangan kedua yang mula disuarakan dengan penuh resah oleh sebahagian ahli dan juga pimpinan .
Begitulah sebenarnya betapa sihat kalau kita sedari awal menerima baik perbedaan pandangan. Pandangan kedua boleh dijadikan sebagai bahan fikir dan renungan untuk mengukur pandangan pertama sementara kita masih ada ruang sebelum membuat keputusan yang putus.

Esok adalah 16 sept .

Insyaallah ! hati kecil saya juga mengharapkan UMNO dan BN runtuh dan ditegakkan Islam di atas runtuhan jahiliyyah tersebut.
Walau saya tidak terlibat direct dalam usaha membentuk kerajaan 16 sept , tetapi saya telah mengabadikan diri kepada perjuangan suci ini sejak 1985 seusia saya 15 tahun. Setelah mengisi borang menjadi ahli , saya segera ke pondok Pasir Tumboh untuk mendalami ilmu agama guna sebagai bekal di sepanjang perjuangan Islam ini.
Sehinggalah tahun 1998 saya pulang dari Mesir , saya berkecimpung sepenuh masa dalam parti tanpa mengira lagi segala tawaran pekerjaan hanya kerana saya mahukan tertegaknya Islam di atas tanahair ini .
Saya menyebutnya secara ringkas bukan ingin menunjuk apa yang telah dilaku tetapi bagi menjawab soalan yang selalu diterjah kepada saya , " awak buat apa ? kalau tak buat apa - apa dok diam sahajalah , bagi Anwar buat ! kacau jer ! "
Astaghfirullahal azim , cukup sedar saya betapa masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk Islam ini demi ianya tertegak di bumi bertuah tetapi tidaklah pula saya hanya berdiam diri tanpa berbuat apa - apa.
Mungkin juga cara saya meletak diri dalam perjuangan Islam ini tidak sama dengan anda membabitkan diri .
Selamat berjuang buat semua ! semoga dengan izin Allah , bila pun tarikhnya , ruang untuk Islam berkembang dan tegak mekar di atas tanahair kita terus terbuka .

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi
http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

26 August 2008

Kancil Perang

Nie masa nak blik ngundi (walaupom tak leh ngundi lagi sebenarnya) konvoi balik Klate masa PRU12. :D Alhamdulillah, Kelantan masih berada dalam lindungan bulan :)






12 August 2008

Epilog Seorang Pejuang

Bagi seorang pejuang hakiki, Berteras tarbiyah rabbani, Bertunjangkan akidah Ilahi, bila tangannya bekerja dia hanya mengucap satu lillah hitaala.

Tatkala Tuhan memberikan kepadanya kemenangan. Dia sujud dan beristifar bertahmid dan bertasbih. Tatkala Tuhan menimpakan kekalahan dan kecelakaan, Dia tahu Tuhan mahu mengujinya. Dia tahu Tuhan sayang padanya. Dia tahu Tuhan memandang usahanya. Dia thabat.Dia sabar. Dia tekun.

Kerana dia tahu matlamat tertinggi ialah mardatillah. Sedangkan kemenangan hanyalah barang dunia. Milik Tuhan jua.

Dia tidak mengeluh. Dia tidak mengeji. Dia tidak kecewa. Kerana itu taqdir yang sudah ditentukan,olehNya di kitab yang nyata.

Ketahuilah wahai pejuang, dakwat telah kering. Pena telah diangkat.

Ketahuilah pejuang,patah sayap bertongkat paruh. Matinya seorang mujahid bukan penamat perjuangannya, tetapi permulaan kerehatannya.

Kalahnya tentera Allah bukan kerana benci Tuhan pada mereka, tetapi langkah muhasabah dan tazkiyyah, buat insan bernama pejuang..

Sumber : Tidak diketahui

19 May 2008

Kelantan Menerajui Perubahan


Kelantan Menerajui Perubahan

Gambar di'shot' di Hotel Nikko KL, ketika YAB TGNA mengadakan ramah mesra dengan anak-anak Kelantan Perantau. Shot guna W810 tepom aku je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...