Pages

Muqaddimah

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog areMaL. Blog ini adalah merupakan blog sendirian berhad. Segala yang tercatat dalam blog ini adalah hak pemilik blog kecuali diberitahu. Jika terdapat kesalahan fakta, kesalahfahaman isu atau yang berkaitan dengannya sila hubungi terus blogmaster :D

Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar HIJAU. Bersabarlah sekejap menunggu warna HIJAU itu, sementara warna MERAH dan KUNING silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" TGNA

Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk dapat menolongmu,Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlahmu sekalipun pakar yang menunjukkannya.
www.flickr.com
areMaL's items Go to areMaL's photostream

28 April 2009

Kelantan bukan Kalah, tapi tak Menang

Antara gambar-gambar menarik dan telah dibuat panorama dengan Photoshop. Ada dua gambar dalam stadium snap guna N73 tapi gambar tak berapa jelas. Kena bawa SLR len kali nih. Kalau lihat dengan teliti, memang penyokong Kelate lagi ramai dari penyokong Selangor. :D tapi sayang tiada rezeki untuk Kelate menjuarai Piala FA. Cuba lagi wahai Pasukan Kijang.




Update dengan  dua gambar baru. Gambar hok tulo jah.. :D 

"I prefer Apachee" - As-Syahid Dr.Aziz Rantisi



Mengenali Ummu Muhammad

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt Puan Rasha (Ummu Muhammad) isteri kepada As Syahid Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi telah dapat hadir di dalam satu program di Stadium Malawati, Shah Alam tengahari semalam, Ahad 22.3.09. Beliau sangat bersyukur kerana buat pertama kalinya dapat sampai ke Malaysia. Setelah mendengar penyampaian oleh rakyat Malaysia beliau memberitahu hadirin bahwa beliau seolah-olahnya mendengar penyampaian itu bukan dari orang Malaysia bahkan terasa macam disampaikan oleh orang Palestin sendiri kerana isinya benar-benar menyentuh hati dan itulah sebenarnya yang diperjuangkan oleh orang-orang Palestin termasuk suaminya As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi.
Beliau kemudiannya memberi penyampaian dan amanat kepada semua hadirin dengan suara yang begitu bersemangat tanpa ada kelihatan tanda-tanda kesedihan di atas pemergian suaminya lima tahun yang lepas. Ini sungguh membuktikan keteguhan iman beliau dan kesabaran yang cukup tinggi yang hanya mengharapkan redha Allah swt.

Sempena kedatangan beliau ke sini, marilah kita cuba meneliti liku-liku kehidupan beliau bersama suami tercinta melalui wawancara yang diadakan setelah kesyahidan suami beliau, As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi.

Kita semua sudah tahu akan syahidnya Dr Abdul Aziz Ar Rantisi pada 17 April 2004. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong yang tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasha (Ummu Muhammad). Mari kita sama-sama selami akan ketabahan hidup beliau sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah
(sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (Al-Baqarah : 120)

Kata-kata beliau (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tidak ternilai serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadhu' yang terhimpun dalam percakapannya, perbualannya dan juga tindak-balasnya. Kami katakan kepadanya :
Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).

Kata beliau ? TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampai matlamatnya, ianya tidak lain dan tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan dan rasa izzah. Maka dengan kalimat inilah bermulanya wawancara dengan Puan Rasha (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz
ar-Rantisi.

1. Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?

Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong utama kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat yang sebaya dengan saya yang menjadi pendokong utama kepada gerakan Islam.

Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua ibu bapa saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya.

Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doktor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.

2. Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh as-Syahid?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t yang telah mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.

Ketika percubaan membunuh beliau pada 10.6.2003, ketika itu saya sedang bekerja, saya menjadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa' yang dipenuhi dengan ramai orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid)sepanjan g kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagiaan yang hakiki.

Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani merah. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak Saidina Adam a.s. sehinggalah ke hari ini.

3. Bagaimanakah cara Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?

Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah, jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar akan keadaan mereka.

Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya sepertimana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang.

Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu' dan kepercayaan kepada diri sendiri.

4. Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Ahmad
Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis memperingati as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu. Beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan
perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para sahabatnya.

5. Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak
menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yasin, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati.

Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu? .

6. Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau iaitu berjuang dan berjihad lebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid, penyuluh ke jalan Allah samada dari segi muamalaat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.

7. Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri orang lain kehilangan suami.. Walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya terhadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu kelebihan pemberian Allah s.w.t.

Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio, Suara Aqsa, pada waktu itu berkumandang azan Isya' dan kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau di mana beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu' dan mendirikan solat Isya'.
Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya
dan anak-anak dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..

8. Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan
syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu dan persediaan beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya

9. Setiap para syuhada' akan ada tanda-tanda kemuliaannya. Maka apakah karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyelimuti seluruh jasad beliau. Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.

10. Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan
pejuang?

As-Syahid merupakan seorang berperibadi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu." (QS Az-Zariyat : 56).

Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya di mana kesemua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu' dengan sesiapa yang
bermuamalah dengannya.

11. Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Keseluruhan kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama.

Ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi. Saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang sukar untuk kami membeli barang-barang rumah yang baru. Tanpa saya sedari, beliau datang kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, tiap-tiap sesuatu ada
ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku, kata beliau dalam keadaan tersenyum.

12. Bagaimanakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga, apakah
kalimah terakhir as-Syahid dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari
syahidnya beliau?

Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira. Kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah..
"Tuhanku, masukkan aku ke syurga mu.Inilah
kemuncak impianku.."

13. Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid dan tidak ada yang lebih dari itu.

14. Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiringi kesyahidan Syeikh
Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyhad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.

15. Apa yang ingin puan katakan kepada muslimat Palestin yang sedang
menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasulullah s.a.w yang mulia telah bersabda :

"Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabk an ke atas orang bawahannya.. dan wanita itu adalah dipertanggungjawabk an di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan akan apa yang di bawahnya".

Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah payung rahmatNya.

16. Kalimah taujihaat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi
Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?

"Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya." (QS al-Baqarah : 281)

Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: Pulanglah kepada panduan asal kamu. Kembalilah semula kepada rasa izzah dan kemuliaan kamu. Kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.

Ya Allah, terimalah amal-amal mereka yang telah Syahid di jalanMu. Sesungguhnya kami juga akan menyusul mereka. Kurniakanlah kematian yang paling baik kepada kami iaitu Syahid di jalanMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

25 April 2009

Red Warrior vs Red Giant


25hb Final FA Cup
Kelantan vs Selangor
Maghi kito pakak g sokong rama-rama. Aku pom g jugok!!!!! Insyaallah.



14 April 2009

Bulan FC aka Bule FC

BULAN AKA BULE

Team Futsal aku. :D semuanya star-star kecuali aku yang tak berapa pandai star. Nama bulan diinspirasikan oleh bendera HIJUO. Terdiri daripada anak-anak muda 6 Kelate+ 1 Ganu yang bersemangat waja untuk mewakili negara melawan Brazil. Komfem brazil kaloh!..hehe

DIN, bukan din cromok tu :) nama panjangnya Nuruddin asal Kubang Kerian. Pemain muda yang lincah mengelecek bola dan terkenal dengan tendangan yang kencang. Seorang yang smart + ensem + kacak + jurus = DIN hehe. NUA atau nama panjangnya Anuar Kacak. Salah seorang pemain yang berdisplin. Sehebat Ronaldo dan Arshavin. Tendangannya mampu mengelirukan penjaga gol. RIL atau dipanggil Keri. Pemain yang ditugaskan mengetuai benteng pertahanan Bulan FC. Badan yang mantap melakukan tackle kepada pemain lawan. :D SEN dan kadang-kadang orang panggil Ali atau nama panjangnya Hussen. Juga pemain yang berdisiplin. Jika terdapat perlawanan beliau setia dengan Bulan FC. :D Mempunyai teknik mengelecek tersendiri dan dianugerahkan dengan kaki yang lebih panjang sikit dari orang lain hehe.Kadang menyerang kadang bertahan. Pemain paling tinggi dalam pasukan Bulan. Salah seorang pemain Bulan, bijak mengatur perlawanan dan pergerakan yang tidak dapat dijangka oleh lawan dikenali sebagai KIR atau nama Syakir. Beliau bijak mengatur posisi untuk melakukan serangan. Walaupun kadang-kadang sibuk sehingga tidak dapat bermain dengan pasukan ini tapi beliau masih setia bersama Bulan FC. Dan yang terakhir sekali adalah Goolie atau keeper kepada pasukan ini iaitu MER atau Jeme. Penjaga gol yang berani dan tangkas menangkis bola dari masuk ke gawang gol. Mempunyai susuk tubuh yang biasa tetapi dengan corak permainan yang keras, ia mampu menakutkan lawan menghadapinya.
Sekian, abis doh.

hok lain tu adalah penyokong jah.hahaha. Gambar diambil ketika Pertandingan Ahad. Pasukan ini berjaya mengatur langkah ke peringkat tinggi tetapi akhirnya diketepikan oleh pasukan lawan di separuh akhir dengan penentuan penalti 1-2. kalooh jugok...

08 April 2009

Tagged Again


  • Kenapa anda suke gambar ini?
Saya suka gambar ini kerana.....:D kerana gambar ini di edit semata-mata untuk post ini laaaa..hehe. Ni gambar team futsal. Bulan FC aka Bule dale bahasa kelate. hehe Pilih nama tu sebab ahli pasukan semuanya dari kelantan dan hanya seorang dari Ganu. tp dalam gambar ada seorang yang tiada, keeper tak datang untuk sesi bergambar..haha

  • Bila kali terakhir mkn pizza?
Aku make pizza ujung minggu lepah kat umah kak aku. Pizza sedap!!
  • Lagu terakhir yg anda dengar?
Sekarang aku dengar Penawar Hati Munif. Jadi lagu terakhir mesti lagu yang sebelum tu kan? Lagu Mata Hati Hijjaz..hehe << time jurus... :D
  • Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
Takdop buwak gapo.
  • Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Yazid. sedap dgr. :D

  • Tag lagi 5 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!
Kalau tak cukup 5 takpe ke?
  1. Hilman
  2. Nabila
  3. Hazami
  4. Rizlah
  5. Akmal
  • Siapa no 1 pada anda?
Saing skoloh lamo. Budok Falahiah. Ko guano me?
  • Org no 3 ada hubungan dgn sape?
Ada hubungan dengan sapa eh.? ngan kawan-kawan dia laa
  • Kata sesuatu berkenaan org no 5
Ngaji molek mal. Nati jadi doketor buleh aku mitok obat free :D
  • Bagaimana dgn org no 4?
Haa... teko sapo rizlah?
  • Siapa org no 2?
Budok ngaji mesir. Anok bekas cikgu ku :D


Toktau laa demo nie buleh jawab tag ko dop? Mugo ore sibuk blako :D aku jah hok rilek..hehe
aku kena tag oleh mazuan.. tag laa soalan2 hok ganah skit.. :D

02 April 2009

Ikan Pari Bermigrasi

Mass Migration of Stingrays

Looking like giant leaves floating in the sea, thousands of Golden Rays are seen here gathering off the coast of Mexico . The spectacular scene was captured as the magnificent creatures made one of their biannual mass migrations to more agreeable waters.

Gliding silently beneath the waves, they turned vast areas of blue water to gold off the northern tip of the Yucatan Peninsula . Sandra Critelli, an amateur photographer, stumbled across the phenomenon while looking for whale sharks.

She said: 'It was an unreal image, very difficult to describe. The surface of the water was covered by warm and different shades of gold and looked like a bed of autumn leaves gently moved by the wind..
Allahuakhbar

Menyorot Keunggulan Ikhwanul Muslimin Mengikut Kronologi Pimpinan Syeikh As Syahid Hassan Al Banna di Mesir Bumi para Ambia'.

Ikhwanul muslimin merupakan gerakan terulung moden pada abad ke 19 ketika dunia mencari pemimin agung selepas kejatuhan kerajaan Othmaniyyah Turki dan angkatan perang pimpinan Salehuddin Al-Ayubi. Kebesaran dan kehebatan Al-Ikhwan al-Muslimin diakui ramai. Tokoh sejarah Arab, Dr. Nabih Amin Parsi pernah menulis tentang pergerakan ini. Antara lain katanya, "Sesungguhnya fikrah idealisme mereka sentiasa menjadi perhatian yang mendalam dikalangan umat Islam dari Arab hingga ke Barat."

Profesor Cantol Smith (biodata diri tidak dapat dikenal pasti) telah memetik pendapat Bernard Lewis (juga tidak dapat dikenal pasti) yang berkata, "Saya tersilap menganggap Ikhwan Muslimin sebagai gerakan terrorist."

Positif

Sesungguhnya Ikhwan telah mengerahkan sekuat tenaga secara positif, pembangunan yang baik bagi membentuk sebuah masyarakat dan ummah baru yang berasaskan keadilan, berperikemanusiaan yang diambil dari nilai-nilai yang dipelihara oleh tradisi Islam.

Sebenarnya gerakan Ikhwan telah memperlihatkan satu wawasan dan cita-cita untuk membersihkan masyarakat dari kehancuran dan keruntuhan yang telah melanda masyarakat dunia, terutamanya keruntuhan akhlak individu, masyarakat dan daulah Islam secara amnya. Ikhwan berusaha untuk mengembalikan masyarakat kepada nilai murni dan akhlak yang terpuji dengan perancangan yang produktif dan pelaksanaan yang baik sebagai contohnya menjadikan diri mereka sebagai teladan kepada masyarakat

Malahan, harakah Ikhwan berjuang untuk membebaskan masyarakat dari pengagungan terhadap unsur-unsur negatif warisan tradisi yang rendah dan beku. Serta berusaha mengubah umat Islam dari perasaan bersemangat akan Islam secara membuta-tuli tetapi malas berusaha kepada rajin bekerja dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

Harakah Ikhwan ini juga melakukan ‘Islah’ (perubahan) ke atas golongan yang taklid buta yang menyeleweng, berfikiran sempit, serta jumud akibat penjajahan asing kepada tenaga muda yang kuat, berpotensi, aktif serta dapat menyelesaikan segala masalah semasa samada dari sudut politik, ekonomi, ilmu sains, farmasi, matematik, astronomi mahupun sahsiah masyarakat sejagat.

Mula Dikagumi

Kehidupan Gerakan Ikhwan dan cara perjuangannya menurut Dr. Muhammad Kamal Khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin Dan Masyarakat Mesir berkata, kemuncula
n Hassan Al-Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan aqidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Hal ini disebabkan oleh kesederhanaan Hassan Al-Banna dalam penerimaan pandangannya melalui pendekatan yang amat mudah diterima, sama ada dari golongan awam dan juga intelek. Malahan ia menjadi semakin mudah apabila naluri manusia yang sentiasa menuju ke arah asas-asas Islam dan menjauhi masalah khilafiah dalam perkara furuk sehingga beliau dapat menarik kepercayaan dan rasa kasih sayang orang ramai terhadapnya.

Beliau turut membentuk beberapa golongan pemuda mukmin menjadi ‘mujahid’ yang sentiasa berjuang ke arah membebaskan tanah air dari kezaliman penjajah dan mengembalikan hak-hak rakyat dan menegakkan kembali kedaulatan bangsa Arab, yang mana perjuangan golongan muda ini amat digeruni baik kawan mahupun lawan.

Hassan Al-Banna turut berusaha untuk memperbaiki taraf hidup masyarakat. Beliau telah menubuhkan pelbagai institusi khidmat masyarakat, menjalankan kegiatan ekonomi, kesihatan dan pendidikan dengan nama Islam. Dengan kegiatan inilah, sedikit demi sedikit telah mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap Islam dan meneguhkan keimanan umat Islam ke peringkat memahami Islam sebagai agama sempurna dan menyeluruh seperti yang difahami oleh ahli-ahli Ikhwan dan umat Islam pada zaman kegemilangan.

Naungan Wahyu Islam

Begitulah perjuangan beliau dalam menegakkan risalah Islam hingga ke akhir hayatnya. Beliau telah meninggalkan selepasnya itu, satu generasi mukmin yang sentiasa bekerja di bawah naungan wahyu dan sinar ‘nubuwah’ yang mulia dan meninggalkan beberapa peribadi misali sebagai lelaki mukmin yang berwibawa dan pejuang-pejuang ulung.

Profesor Bernard Lewis melalui bukunya Barat Dan Timur Tengah turut mengulas mengenai sejarah Ikhwan Muslimin. Antara lain beliau berkata, "Ikhwan Muslimin merupakan gerakan Islam yang terkuat dan banyak mencapai kejayaan. Ia merupakan pertubuhan separuh terbuka, tersebar luas tertegak di atas asas penyatuan tenaga muda yang berbentuk ala tentera, mencakupi pelbagai bidang yang luas dan besar dari institusi ekonomi dan akademik."

Kronologi kegemilangan

Pertubuhan Ikhwan ditubuhkan sekitar tahun 1928 oleh Hassan Al-Banna, seorang guru sekolah. Gerakan ini berkembang dengan pesatnya diantara tahun 1930 - 1940 dan gerakan ini mula menceburi arena politik pada awal 1940-an. Dengan begitu cepat sekali Ikhwan dapat memainkan peranan yang penting dalam agenda politik Mesir terutamanya dalam kebangkitan semangat nasionlis

(Kebangsaan) yang berlaku diakhir perang dunia ke-2, iaitu semasa pemerintahan tentera di Mesir. Harakah Ikhwan suatu ketika secara langsung memantau sebagai sebuah parti politik.

Pada 1948 sukarelawan Ikhwan telah menyertai peperangan di Palestin dan berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka bangkit dan berada dibarisan hadapan daripada pasukan tentera Mesir ketika itu. Dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Al Banna mereka melangkah gagah dan hampir setiap pertempuran menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Namun, sebaliknya di Palestin, mereka dituduh merancang untuk menyerang Kota Cairo, mencetus rampasan kuasa, menjatuhkan Raja dan kerajaan Mesir dan menubuhkan kerajaan Republik Islam. Tindakan pertama kerajaan Mesir, melalui Annakrashi Basha (iaitu Perdana Menteri Mesir pada masa itu) ialah menahan anggota Ikhwan.

Kemudian pada Disember 1948 Annakrashi telah mengharamkan pertubuhan Ikhwan Muslimin, menangkap dan menghapuskan seberapa banyak anggota pergerakan ini. Betapa besarnya jasa Imam Al Banna dalam menggerakkan umat Islam berjihad menentang Yahudi dalam keadaan umat Islam terlena dibuai mimpi-mimpi indah, beliau menyedarkan mereka supaya bangkit dan menghalau penjajah di Baitul Maqdis.

Ketika mereka sudah berada dipinggir Tel Aviv, kerajaan Mesir memanggil pulang. Dan apabila pulang, mereka dapati pemimpin mereka, Imam Al Banna telah dibunuh dengan kejam. Bahkan mereka yang pulang itu pula ditangkap dan dipenjarakan. Kepulangan mereka bukan disambut dengan sorakan, pujian mahupun anugerah, tetapi mereka disambut dengan penjara dan tali gantung. Bermula tanggal berkenaan, Yahudi kembali berkuasa ke atas seluruh Palestin sehinggalah ke hari ini. Mereka kembali melakukan kekejaman ke atas umat Islam tanpa mengira lelaki mahupun wanita, dewasa mahupun kanak-kanak, muda mahupun tua.

Dr Ahmad Al-Malat, Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Kaherah yang merupakan salah seorang anak murid Imam Al Banna berkata, “Kalaulah tidak kerana pengkhianatan yang dilakukan ke atas Imam al Banna nescaya tinta sejarah (Palestin) telah berubah dengan izin Allah.

Dr Al-Malat adalah salah seorang doktor bedah yang ditugaskan oleh Imam Al Banna untuk menyertai peperangan menentang Yahudi di Paletin. Beliau memberikan khidmat kepakarannya kepada mujahidin yang tercedera.

Bersempena ulang tahun pemergian Imam Al Banna, Dr Al-Malat yang sudah lanjut usianya berpesan kepada pemuda-pemuda gerakan Islam yang sedang ditekan diseluruh dunia, “Kita mahu pemuda-pemuda yang berkata kepada dunia, 'Cukuplah....'. Kita mahu pemuda-pemuda yang sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan musuh... Sesungguhnya pertembungn diantara hak dan batil berterusan tanpa henti. Dan kita adalah tentera dipihak yang hak. Untuk itu kita perlu menggantikan panglima ini (Imam Al Banna) yang telah menjual dunia dan membeli keredhaan Allah...”

Pada 12 Februari 1949, Syeikh Hassan Al-Banna telah dibunuh secara tragis. Sehingga kini kematian beliau masih menjadi misteri. Selepas peristiwa tragik inilah akhirnya kegiatan ini kuat dan Hassan Al-Hudeibi dilantik sebagai Mursyidul Am. Pada 1951, Ikhwan Muslimin diberi kelonggaran, segala harta bendanya yang dirampas dikembalikan dan semua kegiatannya dibenarkan beroperasi secara terbuka.

Anggota pertubuhan Ikhwan telah memainkan peranan yang penting dalam Perang Suez menentang Inggeris yang membawa kepada berlakunya Revolusi pada 1952. Beberapa tahun selepas itu, telah wujud kerjasama antara Ikhwan dan pemerintah tentera. Malangnya, hubungan erat ini musnah kerana mereka dituduh cuba menggulingkan kerajaan. Enam orang pemimpin Ikhwan dihukum mati, antaranya Al-Ustaz Abdul Kadir Audah, pengarang buku Undang-undang Jenayah Dalam Islam manakala ribuan anggota Ikhwan disumbat ke dalam penjara.

Kemudian sekitar tahun 1965 rejim tentera membuat tuduhan yang sama terhadap mujaddid Islam, Al-Ustaz Syed Qutb, berasaskan buku Petunjuk Sepanjang Jalan, dijalankan hukuman gantung terhadap beliau dan dua orang lagi pada 29 April 1966.

Matlamat Ikhwanul Muslimin dunia

Namun begitu, Pertubuhan Ikhwan mempunyai cawangan diserata dunia dan mereka memainkan peranan yang penting dalam arena dakwah mengikut pola keadaan dikawasan masing-masing.

Menurut Dr. Mustafa Assibaie'i, Muraqib Am Pertubuhan Ikhwan Muslimin, terdapat lima matlamat utama perjuangan Pertubuhan Al-Ikhwan ini.

Pertamanya ialah memperbaiki individu. Sebenarnya kesempurnaan seseorang itu tidak akan berjaya kecuali dengan menyucikan aqidahnya dari sebarang kekotoran, hatinya dari penyelewengan, nafsunya dari syahwat, akhlaknya dari kelemahan dan jiwanya dari kekosongna. Kesempurnaan ini akan berjaya apabila lahirnya dalam masyarakat satu tenaga yang bangun bekerja dengan semangat yang luhur dan mempunyai daya pemikiran yang bijak.

Keduanya ialah memperbaiki keluarga. Keluarga merupakan asas dalam masyarakat, kestabilan dan keteguhan pembinaannya merupakan satu-satunya jalan untuk membina masyarakat yang utuh. Untuk menjayakan matlamat kedua ini masyarakat mestilah:

I. Membebaskan diri dari kejahilan, ketakutan, kelaparan, kesakitan dan kemiskinan.

II. Mewujudkan satu sistem yang teguh yang dapat mengintrogasikan antara kekerasan dan tolak ansur, keadilan dan kemaafana dan terhindar dari kekejaman individu dan kuku besi.

Matlamat yang ketiga ialah memelihara umat iaitu dengan mempunyai satu kekuatan yang dapat memelihara umat dan mencegah permusuhan dari kezaliman dan kekejaman dimana-mana sahaja.

Matlamat yang keempat ialah menentang penjajah. Ikhwan tidak melihat perjuangan menentang penjajah berakhir selepas kemerdekaan dicapai. Tetapi harakah ini turut berazam untuk membebaskan umat Islam dari sebarang pengaruh penjajah sama ada dari segi ketenteraan, politik, ekonomi dan sosial. Setiap pencabulan ke atas sesebuah negeri, aqidah dan harta benda penjajah wajib diperangi dengan apa jua cara sekalipun. Ikhwan turut berpendapat bahawa perjuangan menentang pembelot negara yang terdiri daripada golongan zalim dan kuku besi adalah sebagai perjuangan menentang penjajah.

Dan matlamat yang terakhir ialah mewujudkan perpaduan masyarakat Arab dan umat Islam yang lain. Sebenarnya harakah Ikhwan telah menyuarakan betapa perlunya diwujudkan satu gagasan atau kesatuan umat Islam yang bersatu dari aspek politik, ekonomi dan sosial seperti Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Berdasarkan gagasan inilah semua bangsa yang beragama Islam dapat berpadu tenaga, saling bantu-membantu untuk menjadi satu umat yang dihormati dan digeruni. Malahan, gagasan seperti ini dapat memainkan rentak yang berkesan dalam usaha memelihara keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran dunia.

Sifat Dan Perjuangan Jemaah Ikhwan

Menurut Dr. Mustafa Assibaie'i, Ikhwan Muslimin sebenarnya bukanlah suatu badan da'wah semata-mata. Malah ia merupakan gerakan Islam sedunia yang aktif bukan hanya di Mesir, malahan diseluruh negara Arab serantau dan negara Islam sedunia seperti Sudan, Lubnan, Palestin, Jordan, India, Brunei, Malaysia dan sebagainya. Gerakan yang terdiri daripada generasi muda ini merupakan gerakan yang kuat, berlandaskan asas-asas yang kukuh yang mampu mencetuskan perubahan besar bagi memperbaiki dunia. Oleh itu, dasar-dasar, matlamat dan aliran perjuangan Ikhwan adalah jelas dan mengkagumkan.

Matlamat Ikhwan Al-Muslimin ialah:

* Pendakwah yang menyeru ke arah perubahan positif dari segi pemikiran yang menyeluruh.
* Pendakwah yang membawa risalah yang syumul mencakupi seluruh manusia dan mengatur segenap bidang kehidupan.
* Pendakwah yang menekankan kebajikan, kebenaran dan kedaulatan.
* Pendakwah agama bukan pendakwah kenegerian atau berpuak-puak.
* Sebagai pendukung kesejahteraan kepada mereka yang menghormati kemuliaan, kebajikan dan keselamatan untuk umat dan negara kami.
* Sebagai angkatan jihad untuk menentang mereka yang bercita-cita menghancurkan umat Islam, menjajah tanah air, membasmi syariat atau cuba menjadikan umat Islam hina dan papa.
* Sebagai pendakwah untuk menyampaikan risalah Islam yang syumul.

Konspirasi berdarah

Ramai berpendapat, Imam Al Banna tidak akan dibunuh jika beliau tidak menyertai jihad menentang Israel pada 1948. Mana mungkin Imamul-jihad ini berdiam diri melihat Yahudi meratah-ratah daging saudaranya dibumi Isra' seperti yang kita lihat pada hari ini. Sebab itulah beliau menyandang senjata dan mengerahkan umat Islam supaya berjihad, menyahut seruan Allah di dalam Al-Quran.

Maka 'jihad'lah yang menjadi punca kemarahan musuh-musuh Islam seperti yang berlaku pada hari ini Amerika Syarikat memusnahkan negara yang menentang kemaraan tentera Yahudi keatas negara Palestin yang telah lama lumpuh dari segi persenjataan. Sebelum itu mereka tidak begitu gentar terhadap dakwah Imam Al Banna. Dakwah yang dilakukan oleh beliau di Mesir adalah dakwah yang penuh dengan hikmah; mengajak manusia bangkit dalam segala aspek kehidupan bagi memastikan dunia Islam kembali disegani dan dihormati. Hasan Al Banna tidak pernah mengkafirkan sesiapa sesuka hati. Tidak pernah mengarahkan sesiapa melakukan pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin tertentu dan tidak pernah merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan.

Dakwah sebegini lazimnya tidak mengundang sebarang tindakan negatif pihak musuh. Tetapi sebaik sahaja melihat kejayaan beliau mengajak umat Islam Mesir menyerti peperangan terhadap penjajah Israel dibumi Palestin, maka musuh-musuh Islam merasa gerun.

Mereka bimbang, orang yang mampu mempengaruhi orang ramai ini akan menumbangkan kuasa mereka suatu hari kelak. Peristiwa ini seakan-akan sama dengan peristiwa Singapura diserang todak. Budak yang berjaya menyelamatkan Singapura daripada diserang todak itu akhirnya dibunuh kerana dibimbangi kepintarannya itu akan menyebabkan kuasa raja tumbang suatu hari kelak.

Perginya seorang pahlawan

Tanggal 12 Februari 1949 telah meninggalkan sejarah hitam bagi gerakan Islam seluruhnya. Dunia kehilangan seorang ulama' ulung yang mempelopori gerakan mengembalikan Islam ke puncak kegemilangannya.

As Syahid Hassan Al Banna belum sempat melihat Islam didaulatkan kembali setelah kejatuhan khilafah Othmaniyyah, tetapi beliau telah menang dalam pertarungan mendapatkan syahid. Pemergian beliau bukan secara kebetulan, tetapi ia merupakan pembunuhan kejam yang terhasil daripada perancangan musuh-musuh Islam yang berselindung dibelakang Raja Faroq.

Dua bulan sebelum kejadian, gerakan Islam yang diasaskan oleh As Syahid Hasan Al Banna telah diharamkan oleh kerajaan Mesir. Kesemua cawangannya

di sana yang berjumlah lebih daripada 3,000 diarahkan supaya dibubarkan dan sekiranya masih beroperasi akan dikira sebagai pertubuhan haram pelampau.

Bukanlah suatu yang baru bagi pemimpin Mesir menjadi 'pak turut' kepada negara-negara Barat. Dalam mengharamkan gerakan Islam ini, kerajaan Mesir secara jelas mengikut telunjuk Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.

As Syahid Syed Qutub yang berada di Amerika ketika pembunuhan Hasan Al Banna menceritakan bagaimana rakyat Amerika Syarikat berpesta apabila menerima berita kematian Hassan Al Banna.

Tragedi

Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan bersendirian di Jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabatnya Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan, semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'

Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti dihadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.

Bagi menyempurnakan lakonan sandiwara seterusnya, Imam Al Banna dibawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Dihospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Bana ditinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 55 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.

Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4 Julai 1949 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua dijabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan. Mereka dianugerahkan elaun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'

Tekanan

Dengan kejayaan mereka membunuh Imam Al Banna, maka bertambahlah tekanan demi tekanan ke atas pengikut-pengikut serta anak-anak murid Imam Al Banna. Mereka mencari anggota Ikhwanul Muslimun dari rumah ke rumah serta memenjarakan mereka.

Rumah As Syahid Imam Al Banna tidak terkeculi daripada pemeriksaan. Bahkan mereka mengadakan kawalan khas disekeliling rumah berkenaan selama dua tahun. Sesiapapun tidak dibenarkan menghubungi keluarga Imam Al Banna. Sesiapa yang cuba menghubungi keluarga berkenaan akan ditangkap dan dipenjarakan.

Talian telefon dirumah berkenan dipotong. Tidak cukup dengan itu, mereka akhirnya mengeluarkan arahan supaya rumah berkenaan dirobohkan dengan alasan ianya sudah usang dan dibimbangi akan membahayakan orang ramai, sedangkan rumah berkenan masih dalam keadaan kukuh.Kebimbangan mereka ke atas dakwah Ikhwan ternyata sekali apabila jenazah As Syahid tidak dibenarkan diiringi oleh sesiapapun di kalangan lelaki. Jenazah beliau diiringi oleh para malaikat dan kaum ibu ke kubur. Lelaki yng mengiringi beliau hanyalah bapanya, Imam Abdul Rahman Al Banna dan Syeikh Makram Abid.

Tekanan ke atas anggota-anggota Ikhwan berterusan walaupun Al Malik Faroq sudah tidak berkuasa lagi dibumi Mesir. Tahun-tahun 1954, 1965 dan 1981 telah merakamkan seribu satu macam kengerian di atas penyiksaan yang dikenakan ke atas anggota Ikhwan.

Ramai ulama' dibunuh ditali gantung. Tidak kurang juga yang disiksa dengan pelbagai jenis penyiksaan di dalam penjara yang tidak diketahui di mana letaknya.

Kebangkitan seluruh dunia ketika dan selepas pemergian As Syahid

Musuh-musuh Islam menyangka mereka berjaya menyekat dakwah Islamiyyah dengan membunuh Imam Al Banna dan menekan pengikut-pengikutnya. Sebaliknya kehendak Allah mengatasi segala-galanya.

Dakwah Islmiyyah ini semakin tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Disebahagian besar negara Arab kemudiannya ditubuhkan cawangan Ikhwnul Muslimun. Di Turkey ditubuhkan parti Refah. Di India, Pakistan dan Bangladesh ditubuhkan Jamaat-e-Islami.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menyahut kebangkitan dunia pada ketika itu lalu berlaku beberapa penubuhan platform gerakan dakwah moden yang popular sehingga ke hari ini antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 dan didaftarkan secara rasmi pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di Kuala Lumpur dan Razali Nawawi (kini Prof. Dr.) dilantik sebagai Presiden ABIM yang pertama bersama-sama sepuluh orang Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat. Pada tahun 1974, Anwar Ibrahim (kini Dato’ Seri) telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Siddiq Fadzil (kini Dato’ Dr.) telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM yang ketiga selepas penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982. Muhammad Nur Manuty (kini Dr.) telah dilantik sebagai Presiden ABIM keempat pada tahun 1991. Kemudian pada tahun 1997 di Alor Setar, Kedah, Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang kelima.

Antara platform yang terbaru pula ialah Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1990. Manakala Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang telah ditubuhkan pada tahun 1955 pula pernah diharamkan oleh British ditubuhkan bagi penglibatan secara langsung dengan politik tanah air yang mana pada ketika itu dikenali sebagai Hizbul Muslimin.

Di Indonesia pula umat Islam menubuhkan Mayumi manakala Palestin pula ditubuhkan Hamas dan begitulah seterusnya. Parti dan gerakan Islam satu demi satu bercambah dan Ikhwanul Muslimin dicontohi hasil daripada 'biasan sinar dakwah' Imam Al Banna rahimahullah.

Mencari Al Banna kedua

Kini, ketika dunia sedang menyaksikan penindasan berterusan ke atas umat Islam dan gerakan Islam, kita mengharapkan Allah melahirkan seorang lagi pemimpin Islam seperti Hassan Al Banna.

Tidak adakah seorang dikalangan umat Islam kini yang mampu mengembalikan maruah Islam setelah dirobek-robek oleh Amerika, Britain, Israel, Perancis dan sekutu mereka di Palestin, Afghanistan, Iraq, Mindanao, Checnya, Kashmir dan mencetuskan konspirasi dinegara-negara Asia Tenggara seperti yang berlaku pada hari ini seperti di Selatan Thai, Ambon, Indonesia dan sebagainya.

Sudah tibakah masa yang dijanjikan Allah, apabila umat terdahulu diuji dan dicuba lantas berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah akan datangnya pertolongan Allah?" lalu Allah berfirman: "Ketahuilah, pertolongan Allah semakin hampir.”

Disediakan oleh: Saudara Muhd Amar bin Mohd Amin (Exco Perhubungan MISG-ABIM UK & Eire 2004)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...