Pages

Muqaddimah

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog areMaL. Blog ini adalah merupakan blog sendirian berhad. Segala yang tercatat dalam blog ini adalah hak pemilik blog kecuali diberitahu. Jika terdapat kesalahan fakta, kesalahfahaman isu atau yang berkaitan dengannya sila hubungi terus blogmaster :D

Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar HIJAU. Bersabarlah sekejap menunggu warna HIJAU itu, sementara warna MERAH dan KUNING silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" TGNA

Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk dapat menolongmu,Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlahmu sekalipun pakar yang menunjukkannya.
www.flickr.com
areMaL's items Go to areMaL's photostream

31 October 2008

Falahiah F5 2005

14 October 2008

Gambar Raya 08



Antara gambar-gambar raya 2008 :D saje nak test simple viewer kat blogger. hehe. Jadi doh.

Ganti sistem kapitalis - Sheikh Yusuf al-Qardawi


DOHA - Umat Islam sepatutnya mengambil kesempatan daripada krisis kewangan global untuk membina satu sistem ekonomi yang bersesuaian dengan prinsip-prinsip Islam, kata ulama berpengaruh Sheikh Yusuf al-Qardawi semalam.

Keruntuhan sistem kapitalis berlandaskan wang kertas dan lintah darat antarabangsa, bukannya dagangan barang di pasaran menunjukkan sistem tersebut dilanda krisis dan ia turut membuktikan bahawa falsafah ekonomi Islam adalah kukuh," kata ulama kelahiran Mesir tetapi menetap di Qatar.

"Semua kekayaan dimiliki oleh kita (umat Islam). Negara- negara Islam memiliki hampir semua minyak dan kita memiliki falsafah ekonomi yang tidak dimiliki oleh orang lain," jelasnya.

Sheikh Yusuf yang menyampaikan ucaptama persidangan berhubung Baitulmaqdis di Doha semalam turut menggesa umat Islam supaya mengambil iktibar daripada krisis tersebut bagi membawa negara-negara Islam ke arah kemenangan.

Persidangan keenam mengenai Baitulmaqdis itu dihadiri kira-kira 300 peserta yang mewakili parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan dari berbagai negara.

Ia dianjurkan oleh Institusi Antarabangsa Al-Quds (Baitulmaqdis) yang ditubuhkan bagi memulihara bandar itu dan tempat-tempat suci di dalamnya.

Persidangan kali ini yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bertujuan untuk melindungi tempat-tempat suci di Baitulmaqdis seperti Masjid Al-Aqsa yang dipercayai diancam oleh Israel. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...