Syukur ke hadrat Allah SWT yang melimpah segala nikmat hidup lebih-lebih lagi menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang telah di beri nikmat Islam dan Iman.
Justeru itu Allah SWT berseru kepada kita berulangkali sebanyak 31 kali dalam Surah lah-Rahman:
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan".
Antara nikmat yang di beri ialah sepasang kaki buat kita berjalan kesana sini buat mencari rezeki Allah di bumi yang luas ini. Besarnya nikmat mempunyai sepasang kaki. Tanpanya tiada upaya kita untuk bergerak bebas melakukan kerja seharian. Sahabatku, kemanakah seharian kaki ku kaki mu melangkah pergi? Adakah kaki ku kaki mu rajin benar melangkah ke tempat-tempat maksiat dan tempat-tempat hiburan yang melalaikan buat melampias nafsu serakah dan menghabiskan usia yang memang singkat ini.
Atau kaki ku kaki mu ligat pula berkunjung ke tempat-tempat perjudian buat mencuba nasib manalah tahu ingin cepat kaya dengan jalan yang mudah dan haram. Kalau begitu langkah kaki ku kaki mu, celakalah kita.
Kaki ku kaki mu akan menjadi saksi kerana melangkah ke tempat yang menjadi kemarahan Allah SWT. Sahabatku, mengapa kita kufur nikmat? Alangkah baiknya kalau kaki ku kaki mu di hayun ke masjid-masjid,
majlis-majlis ilmu dan tempat-tempat kebajikan buat menyebarkan ilmu dan mengisi dada kita dengan ilmu dan iman.Rajin-rajinlah kaki ku kaki mu melangkah ke rumah saudara-mara, orang-orang tua yang uzur buat menghubungi siratulrahim.
Atau pun menziarahi saudaramu yang telah menjadi jenazah jadi iktibar buat mu bahawa kematian semakin hampir.
Anak kecil yang terpaksa mencari sesuap nasi sendirian. |
Ada yang punya kaki, dua tangan jadi kakinya. Mereka minta di suap, minta di pujuk kerana tak sempurna akalnya. Berilah sumbangan apa yang termampu. Riangkan hati mereka sambil mengusap kepala mereka tanda kasihmu. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita yang lengkap sempurna segala sifat anggota dan akal.
Bagaimana harus kita mensyukuri segala nikmat yang di beri?Justeru itu, sebelum kaki ku kaki mu melangkah pergi, fikirkan banyak kali kemana kah tujuan mu? Sekiranya langkah kaki ku kaki mu membawa kebaikan teruskan langkahan kaki tetapi jika sebaliknya, batalkan saja niatmu itu. Sahabatku, jangan kau hairan dan terkejut nanti di hadapan Allah SWT, lidah kita akan jadi kelu terkunci, tidak dapat berkata-kata lagi. Hanya setiap anggota, termasuk kaki ku kaki mu yang akan menjadi saksi setiap perbuatanmu..
Sumber : tidak dapat dikesan
2 comments:
sumber xleh nk kesan dih...?
tokleh.. hehe tok tau sapo penulis asal. mugo bendo mai dari email etek hehe
Post a Comment