Pages

Muqaddimah

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog areMaL. Blog ini adalah merupakan blog sendirian berhad. Segala yang tercatat dalam blog ini adalah hak pemilik blog kecuali diberitahu. Jika terdapat kesalahan fakta, kesalahfahaman isu atau yang berkaitan dengannya sila hubungi terus blogmaster :D

Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar HIJAU. Bersabarlah sekejap menunggu warna HIJAU itu, sementara warna MERAH dan KUNING silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" TGNA

Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk dapat menolongmu,Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlahmu sekalipun pakar yang menunjukkannya.
www.flickr.com
areMaL's items Go to areMaL's photostream

31 January 2010

2010 wishlist (Updated)

2010 wishlist
  • kamera lens strobe 
kamera aku ado doh! Alhamdulillah. Tercapai matlamat pertama untuk tahun ini. tapi flash takdop lagi..keno pinje nga abe laa dulu nok wak job :D

  • part time photographer
D300s ado doh. Rayo Cino nie ado 2 job.hahahaha
  • nok naik keto sedap
mmm..hok nie meme payoh skit.. keno modal banyak..tok tau boleh tercapai dalam tahun ini atau tidak.
  • nok g jaley luar negara
hok nie pom lagi payoh. ai.. tp nak biar buleh g gok tahun nie :D
  •  jadi baik skit.
Alhamdulillah. ado perubahan sikit..hahahaha

Kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Doakan aku. :D
2010 Wishlist

Muslim Inventions That Shaped The Modern World

London, England (CNN) -- Think of the origins of that staple of modern life, the cup of coffee, and Italy often springs to mind.

But in fact, Yemen is where the ubiquitous brew has its true origins.

Along with the first university, and even the toothbrush, it is among surprising Muslim inventions that have shaped the world we live in today.

The origins of these fundamental ideas and objects -- the basis of everything from the bicycle to musical scales -- are the focus of "1001 Inventions," a book celebrating "the forgotten" history of 1,000 years of Muslim heritage.

"There's a hole in our knowledge, we leap frog from the Renaissance to the Greeks," professor Salim al-Hassani, Chairman of the Foundation for Science, Technology and Civilisation, and editor of the book told CNN.

27 January 2010

Peluang Menambah Pahala



Peluang untuk kita menambah saham akhirat. Kebakaran yang telah memusnahkan 3 blok bangunan di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Sama-samalah kita membantu pusat pengajian agama yang tertua di Kelantan ini. Bagi yang ingin memberikan sumbangan, bolehlah menghubungi pejabat pondok berkenaan di talian: 09-7905672 atau Saudara Azlan, 014-5064930

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Q.S. Al Baqarah : 274 ) .

Harakahdaily 

Mahasiswa Pembela Rakyat Tertindas


fuadsyazwan

Penulis berkesempatan menonton dokumentari Tragedi Trisakti dan Semanggi[1] di Indonesia ketika era Reformasi dahulu. Penulis terasa begitu teruja melihat kelantangan dan kegigihan serta keberanian para demonstran yang terdiri daripada anak-anak mahasiswa di universiti-universiti terkemuka di Indonesia.

Mereka ini berdemonstrasi bukanlah kerana elaun mereka ditarik. Bukanlah kerana Kafeteria di kolej mereka ditutup. Bukan juga kerana masalah parking di Fakulti. Tapi mereka ini berjuang, turun berpanas di jalan raya kerana ingin menyuarakan suara rakyat bawahan. Mahasiswa adalah agen kepada rakyat marhaen. Orang politik sukar untuk diharap bagi membela nasib rakyat. Jika ada “political mileage”, cepat sahaja mereka membantu. Tapi jika tiada, jangan harap nak nampak batang hidung.

24 January 2010

We luv Tok Guru


Free 'the 9s' - "Malaysia: The Police State"



9 student activists arrested for demanding democracy, campus autonomy, freedom of academic and accountability of management.

22 January 2010

Ketika Cinta Bertasbih

Sebenarnya aku baru je tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2. Orang lain dah lama tengok hehe. Tak perlulah diceritakan semula perjalan filem ini kerana rasanya semua dah pernah baca novelnya. Aku tak baca novel :D . Bagi aku yang tak tengok sangat filem-filem Indonesia, ini adalah filem cinta yang terbaik, ditambah lagi dengan casting directornya adalah Habiburrahman  El Shirazy sendiri dan proses memilih pelakon lain dari yang lain. Filem yang diadaptasikan daripada novel yang kelihatan lebih menonjol berbanding Ayat-ayat Cinta. Di bawah ini aku jumpa satu mp3 lagu Ketika Cinta Bertasbih bukan yang Melly Geoslow nyanyi.

Lagu Ketika Cinta Bertasbih versi 2
Suby Alveoli Feat Ina

Bertasbihlah cinta terukir di hatiku
Seindah samudera senja berkilau membentang
Cinta yang sejati yang tersandar di hati
Berlabuh menepi satukan karna Ilahi

Malam penuh doa penawar rindu kasih
Munajatkan maha cinta diatas cinta
Jika memang takdir cinta pasti bertemu
Meski kau dan aku ada di ujung dunia

Reff:

Ketika cinta bertasbih bagai cah'ya tak bertepi
Anugerah terindah itu yang ku impikan
Harapanku tambatkan disetiap sujud malamku
Tuhan bimbing cintaku cinta karna Ilahi

Harapanku tambatkan disetiap sujud malamku
Tuhan bimbing cintaku cinta karna Ilahi

Back to Reff:

Bertasbilah cinta terukir di hatiku
Seindah samudera senja berkilau membentang
Cinta yang sejati yang tersandar di hati
Berlabuh menepi satukan karna Ilahi

Malam penuh doa penawar rindu kasih
Munajatkan maha cinta diatas cinta
Jika memang takdir cinta pasti bertemu
Meski kau dan aku ada di ujung dunia

Boleh download di JiwangTorrent atau tunggu aku upload laa..aku search kat youtube tak jumpa. nanti datang balik
****************************************

upload doh http://rapidshare.com/files/339729783/Ketika_Cinta_Bertasbih__suby-Ina_.mp3.html
kalu link broken oyak..nanti keno upload pulok..

20 January 2010

Doa Agar Dapat Membayar Hutang

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu.

Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi , seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Sayyidina Ali ra meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas. Sayyidina Ali memberitahunya jika kamu bermal dengan doa yang pertama di atas , engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung.

Mengenang BULAN FC

Tulisan untuk mengenang kembali zaman persahabatan dan ukhwah ketika di UTM KL. Satu pasukan futsal telah dipilih daripada sahabat-sahabat dari Pantai Timur. Ganu nga Klate walaupun hanya sore jah ore ganu. hehe. Kami tidak membezakan negeri. Kami Muslim Kami Bersaudara :D Negeri lain takde sebab dah ada team masing-masing. Nie yang kena reject je. :D


Tok cukup sore. Tgh pege kamera sore
Nok dekat setahun doh pasukan nie tak pernah bermain bersama. Semua mengambil haluan sendiri. Ketua pasukan aka ore sedap sambung belajar Australia. Hok lain ada yang ke UTM Skudai dan ada yang dah berkerja. Ko guano kir? Ado hok tok abih Diploma lagi :( . Rezeki masing-masing. Dalam perjuangan ini, tiada bezanya di mana kita berada kerana tatkala nama Allah Tuhan mu dan Tuhanku diseru, nescaya hati kita bertaut dan bersatu. :)


Keeper nga Bek takdop dalam gambar

Gambar ketika ado tanding :D
Buleh g sampai separuh akhir. Hebat laa tu. hahaha. Bilo la buleh main futsal lagi nga sek-sek Bule nieh? Banyak pengalaman yang telah dilalui bersama. Kalah dan menang. Kecewa dan gembira. Semua dikongsi bersama. Kami bukan sekadar satu pasukan futsal. "Més que un club" (More than a club). Kami adalah saudara. Motto FC Barcelona hehe.

18 January 2010

Masjidil Haram 194+

Gambar yang mungkin kita tak pernah lihat.Nostalgia Masjidil Haram tahun 40an Downloaded from IslamicTorrent.





 

14 January 2010

Aku Telah Lelah Memilih Memilah Mencari



aku Telah Lelah
Memilih Memilah Mencari Wanita
Siapakah Dirinya
Yang Kan Menjadi Kekasih Halalku

Tiba-tiba aku Terpana
Ada Kejutan Tak Terduga

Dia Gadis Berkerudung Merah
Hatiku Tergoda Tergugah
Tak Cuma Parasnya Yang Indah
Dia Baik Dia Soleha

Dia Gadis Berkerudung Merah
Bawalah Diriku Padanya
Takkan Habis ku Berdoa
Jadi Kekasih Halalnya

Jadikan Diriku Halal
Memeluk Halal Menciummu
Lekaslah Jangan Tunda
Untuk Menjadi Kekasih Halalku

itu Itu Dia Gadis Berkerudung Merah
Hatiku Tergoda Tergugah
Tak Cuma Parasnya Yang Indah
Dia Baik Dia Soleha
 Sape yang pakai tudung merah eh? :D

13 January 2010

Aku Mau Hak Aku



 
Klik untuk membesarkan imej



Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).

Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).

Ianya terletak di Blok-Blok berikut,

* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303
* PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN


Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
* Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA)

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah teluk Thailand (Siam).

Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block:

- Block A-18

- Block B-17

- Block C-19

Diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA , sumber Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf (Trillion cubic feet).

Spekulasi dari para penganalisa mengatakan kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf.

Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess.

Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut.

Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating Company (CTOC), usahasama antara Petronas Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari JDA di Block A-18 yang dianngarkan mempunyai simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 MMcf sehari pada April 2007.

Terjemahan drpd http://www.eia.doe.gov/cabs/Malaysia/NaturalGas.html
Sumber

08 January 2010

Beautiful Masjid Pictures from Around the World



Turkey
Aku nak g jaley sini suatu hari nanti. Tunggu!


Abu Bakr Mosque, Egypt


Masjid Omar Ali Saifuddin, Brunei
Comey gamba nie.!


Larabanga Mosque, Ghana
Masjid paling unik dan menarik :D


Royal Islamic Mosque, Brunei
Warna-warni lapu! :)
I Love Allah

Wasiat al Imam al Mufassir Syeikh Muhammad Mutawalli al Sya'rawi

Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi (1911-1998M) adalah Tokoh Tafsir Mesir abad 21. Beliau merupakan Saiyidul Abidin yang dikurniakan dengan limpahan cahaya dan dapat melihat dengan cahaya Allah SWT.

Cuba lihat video di bawah sehingga tamat. Lihat bagaimana di hujung klip, beliau menasihati Presiden Muhammad Husni Mubarak yang terkenal diktatornya, tanpa sedikit pun rasa gentar, malah memegang bahunya, seperti seorang ayah menasihati anak. Beginilah ulama’ pejuang, sufi lagi haraki, yang sentiasa kita cari sepanjang zaman.



03 January 2010

Hati Milik Allah

Hati manusia terlalu unik, berbolak balik, liar dan maknawi sifatnya. Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. Hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. Dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia. Berusahalah sekuat mungkin dan Redhalah dengan ketentuanNya.

CINTA Apabila Fitrah Menjadi Fitnah

Ustaz Pahrol Juoi

Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, “cinta apa namanya jika tidak dating, perbualan telefon secara maraton, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”
Remaja dan cinta- dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Kisah suka-duka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair, lirik dan komposer, dan bait-bait puisi para penyair. Habis segala ciptaan Tuhan dijadikan lakaran metafora dan analogy percintaan. Embun, pelangi, salju, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih. Perubahan biologi dan psikologi remaja menyebabkan mereka menjadi peneroka cinta yang serba baru. Kekadang rasa cinta berputik lewat perkenalan dengan rakan sekelas, teman sepejabat atau cinta pandang pertama sewaktu sama-sama menunggu bas ketika hujan renyai-renyai. .aduss romatiknya!~

Apabila disebut cinta terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda yang bersanding dengan Dara di pusara atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila. Itulah deretan kisah cinta rekaan, namun realitinya juga tidak kurang hebatnya. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati. Malah ada yang sanggup menukar agama untuk mendapatkan cinta. Ah, manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari…begitulah agaknya..

02 January 2010

2010 wishlist
  • kamera lens strobe 
Mana ku mau cari duit? Budget 10K lebih weh. D300s @ D90? SB900? dan bermacam lens lagi.hahah.. ke guano Aziman?
  • part time photographer
dah ada kamera... kena buat keje laa nak cover modal beli. Part Time. time cooti. Nok jadi supo Lensaziman :D
  • nok naik keto sedap
modipaid keto ssedap raso. biar sedap naik skit.Turbo? Tok cukup syarat lagi.
  • nok g jaley luar negara
 mekkah,umrah? aussie,tepat din? singapore? timer tengah? tgk ado duit ko dop... :D last-last g golok sudoh!

  •  jadi baik skit.
Kalau semuanya mengikut seperti yang dirancang insyaallah semuanya boleh. Kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Doakan aku. :D

01 January 2010

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”



Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...