Tulisan untuk mengenang kembali zaman persahabatan dan ukhwah ketika di UTM KL. Satu pasukan futsal telah dipilih daripada sahabat-sahabat dari Pantai Timur.
Ganu nga Klate walaupun hanya
sore jah ore ganu. hehe. Kami tidak membezakan negeri. Kami Muslim Kami Bersaudara :D Negeri lain takde sebab dah ada team masing-masing. Nie yang kena reject je. :D
Tok cukup sore. Tgh pege kamera sore
Nok dekat setahun doh pasukan nie tak pernah bermain bersama. Semua mengambil haluan sendiri. Ketua pasukan aka
ore sedap sambung belajar Australia. Hok lain ada yang ke UTM Skudai dan ada yang dah berkerja.
Ko guano kir? Ado hok tok abih Diploma lagi :( . Rezeki masing-masing. Dalam perjuangan ini, tiada bezanya di mana kita berada kerana tatkala nama Allah Tuhan mu dan Tuhanku diseru, nescaya hati kita bertaut dan bersatu. :)
Keeper nga Bek takdop dalam gambar
Gambar ketika ado tanding :D
Buleh g sampai separuh akhir. Hebat laa tu. hahaha.
Bilo la buleh main futsal lagi
nga sek-sek Bule nieh? Banyak pengalaman yang telah dilalui bersama. Kalah dan menang. Kecewa dan gembira. Semua dikongsi bersama. Kami bukan sekadar satu pasukan futsal. "
Més que un club" (More than a club). Kami adalah saudara. Motto FC Barcelona hehe.
Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.
Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.
Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah Kami dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.
Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.
Berilah kemudahan pada kami atas segala kesulitan-kesulitan kami,
karena menghilangkan kesulitan itu mudah saja bagi Mu ya Allah.
Amin.. Ya Robbal 'alamin...
Berminat untuk mengenali ahli-ahli bulan? Masuk
baco post
hok lamo nih http://aremalzz.blogspot.com/2009/04/bulan-fc-aka-bule-fc.html.
1 comment:
yolo doh ma...gtu la hidup.
Post a Comment