Pages

Muqaddimah

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog areMaL. Blog ini adalah merupakan blog sendirian berhad. Segala yang tercatat dalam blog ini adalah hak pemilik blog kecuali diberitahu. Jika terdapat kesalahan fakta, kesalahfahaman isu atau yang berkaitan dengannya sila hubungi terus blogmaster :D

Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar HIJAU. Bersabarlah sekejap menunggu warna HIJAU itu, sementara warna MERAH dan KUNING silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" TGNA

Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk dapat menolongmu,Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlahmu sekalipun pakar yang menunjukkannya.
www.flickr.com
areMaL's items Go to areMaL's photostream

02 February 2010

Hikmah 1 : Antara Tanda Bergantung Kepada Amal

Ibn 'Ataillah menulis dalam kitabnya :

Antara tanda seseorang bergantung kepada amal ialah kurang harapan kepada Allah ketika berlakunya kegelinciran dosa

Mafhumnya, awasi diri daripada terlalu bergantung kepada balasan atau ganjaran yang dijanjikan Allah SWT daripada amalan-amalan kita seperti solat, zakat, puasa dan lain-lain tetapi bergantunglah kepada rahmat Allah SWT dan kemuliaannya.

Secara ringkasnya, apabila harapan dan kebergantungan kepada rahmat Allah tinggi dihiasi pula dengan amalan dilakukan dengan taat dan ikhlas, insyaallah kita mampu mengelakkan diri daripada melakukan maksiat.

"Seseorang tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya." Sahabat bertanya, "Walaupun kamu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW,"Walaupun saya, melainkan dengan limpahan rahmat Allah SWT kepadaku." Riwayat al-Bukhari

Syarah al-Hikam syarahan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
http://alhikam0.tripod.com/hikam002.html 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...