Pages

Muqaddimah

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog areMaL. Blog ini adalah merupakan blog sendirian berhad. Segala yang tercatat dalam blog ini adalah hak pemilik blog kecuali diberitahu. Jika terdapat kesalahan fakta, kesalahfahaman isu atau yang berkaitan dengannya sila hubungi terus blogmaster :D

Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar HIJAU. Bersabarlah sekejap menunggu warna HIJAU itu, sementara warna MERAH dan KUNING silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" TGNA

Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk dapat menolongmu,Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlahmu sekalipun pakar yang menunjukkannya.
www.flickr.com
areMaL's items Go to areMaL's photostream

20 December 2009

Warkah ke Syurga



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sering kutitipkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan rahmat hidayahNya Yang Maha Esa
dalam kekalutan dunia ketika ini...daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua
....dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya...
....dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antaran hak dan yang batil...
....dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan yang mana dosa...

Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya
walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang kala kita lupa kepadaNya...
....dan kadang kala kita ingat kepadaNya
....tetapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya

Buat permata Islam...sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi..
Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama...tetapi ia adalah cara hidup kita..
samada cara kita berpakaian..bertutur...belajar..bekerja..atau dengan perkataan yang lebih mudah..bermula kehidupan kita daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali...
..semuanya Allah telah gariskan untuk kita..Hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang lahad...Islam juga telah mengajarkan caranya..
...sering kali kita mendengar sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud...
"Islam itu tinggi, tiada tinggi selainya"
tapi sayang sama sekali...kita yang merendah-rendahkanya...kita menjauhkan dirinya...bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identiti kita...
kita lalai dengan kehidupan kita..sehingga kita menyangka dunialah syurga abadi untuk kita..sehingga kita lupa Allah S.W.T sedang memerhatikan kita..

Kita tahu adanya Allah tetapi kita melanggari perintahNya..sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi segala nikmat sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya..
...kita tahu benarnya al-Quran tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya..
...kita juga tahu adanya dosa dan pahala..bahkan kita tahu adanya Syurga dan Neraka..
tetapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah S.W.T Yang Maha Kuasa

Buat Mutiara Islam
yang terus bergemerlapan di bumi Allah
Prof Hamka pernah berkata .."Kita boleh menghitung usia kita yang kita telah gunakan..tetapi kita tidak boleh menghitung usia kita yang masih tinggal"
Persoalannya..bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung dalam jasad kita sudah habis digunakan..

Masihkan dikau ingat akan firman Allah S.W.T dalam hadith qudsi yang bermaksud..
daripada Abu Hurairah R.A
"Aku sesuai dugaan hambaKu kepadaKu..
dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKu..
Jika dia ingat kepadaKu di dalam hatinya..Aku akan menginatinya dalam hatiku..
Jika dia ingat kepadaku dalam lingkungan nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan ramai yang lebih baik..
dan jika dia mendekatiKu sejengkal..Aku pun akan mendekatinya sehasta..
dan jika dia mendekatiKu sehasta..nescaya Aku mendekatinya sedepa..
dan jika dia datang kepadaKu berjalan..maka Aku mendatanginya dengan berlari..
Hadith Riwayat Syaikhani dan Tarmidzi
Walaupun sebesar bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan

Oleh itu..kembalilah kepadaNya..andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya..
Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya

Setakat ini sahaja dahulu nukilanku buatmu..
Ku mohon sejuta kemaafan andaikata bicaraku sebentar tadi mengguris hatimu. Tetapi sesungguhnya daku sekali-kali tidak bermaksud melukaimu..Semoga dirahmati Allah selalu..

Bertemu lagi..kalau tidak didunia..insyaallah di taman Syurga nanti

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...