Pages

Muqaddimah

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog areMaL. Blog ini adalah merupakan blog sendirian berhad. Segala yang tercatat dalam blog ini adalah hak pemilik blog kecuali diberitahu. Jika terdapat kesalahan fakta, kesalahfahaman isu atau yang berkaitan dengannya sila hubungi terus blogmaster :D

Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar HIJAU. Bersabarlah sekejap menunggu warna HIJAU itu, sementara warna MERAH dan KUNING silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" TGNA

Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk dapat menolongmu,Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlahmu sekalipun pakar yang menunjukkannya.
www.flickr.com
areMaL's items Go to areMaL's photostream

14 June 2009

Perginya Seorang Pejuang

13 Jun - Dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang da'i yang cukup terkenal di medan lapangan dakwah, Syeikh Fathi Yakan, pada jam 4:45pm,Sabtu 13 Jun 2009 di Hotel Dieu Hospital (mengikut pengumuman dari The Islamic Action Front,Lebanon) selepas bertarung dengan penyakitnya beberapa lama. Beliau yang merupakan Ketua Pakatan Amal Islami Lubnan meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Tarablus, Utara Lubnan. Sepanjang penglibatan dalam amal Islami, beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh utama dan penting bagi gerakan dakwah Islam di Lubnan secara khususnya dan di seluruh dunia Islam secara umumnya. Beliau merupakan pengasas gerakan dakwah Islam di Lubnan pada tahun 1950-an.

Beliau juga telah memainkan peranan yang sangat penting dan meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam meletakkan dasar-dasar utama kepada pemikiran dan fikrah gerakan-gerakan Islam di dunia Arab dan Islam. Di antara siri karya-karya da'awie beliau yang banyak digunapakai oleh penggerak-penggerak dakwah adalah buku "Apa Ertinya Aku Menganut Islam", "Permasalahan Dakwah dan Da'iyah" dan "Abjadiyat Tasawwur Haraki dalam Amal Islami". Karya-karya berharga beliau telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain termasuklah bahasa Melayu.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihanraya tempatan Lubnan ada tahun 1992, dan memenangi kerusi Tarablus.

Beliau juga merupakan salah seorang panel Konvensyen Islam Antarabangsa. Di dalam Lubnan, peribadi beliau digambarkan sebagai seorang patriotik, seorang yang menyeru dan berusaha kepada kesatuan perpaduan, dan merungkaikan perselisihan atau perbalahan di kalangan masayarakat Lubnan, terutama sekali di antara golongan majoriti dan minoriti.

Semoga Allah mengampuni dosa beliau, meletakkan beliau bersama para Nabi dan Rasul, para Siddiqin, Syuhada' dan Solihin, mereka semua adalah sebaik-baik teman di sana. Moga Allah mengganjari semua amal beliau semasa hidup, mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menuruti langkah perjuangan, tunjuk ajar dan contoh tauladan yang ada pada peribadi beliau.


Wahai sheikh, kita tak pernah bersua di dunia, kami berharap semoga kita akan bersua di sana nanti. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...