Pages

Muqaddimah

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog areMaL. Blog ini adalah merupakan blog sendirian berhad. Segala yang tercatat dalam blog ini adalah hak pemilik blog kecuali diberitahu. Jika terdapat kesalahan fakta, kesalahfahaman isu atau yang berkaitan dengannya sila hubungi terus blogmaster :D

Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar HIJAU. Bersabarlah sekejap menunggu warna HIJAU itu, sementara warna MERAH dan KUNING silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" TGNA

Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk dapat menolongmu,Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlahmu sekalipun pakar yang menunjukkannya.
www.flickr.com
areMaL's items Go to areMaL's photostream

30 June 2009

Going back to UTMKL

Hari Jumaat ini aku akan kembali ke KL. Kembali berjuang untuk sem yang terakhir. Saing-saing lain semua dah abis. Tinggal kite keseorangan.. terpaksa tambah satu sem akibat tukar kursus. :D Perancangan asal nak bowok B8 210 tapi terpaksa batalkan hasrat tu. Jadi terpaksa lah bowok 660 stendet. :-( Doakan areMaL berjaya tamatkan pengajian dengan cemerlang gemilang terbilang. pinjam ayat PakLah :D

Lama tak update blog nie. Gambar banyak tapi malas nak upload. tunggu lah nanti Kalau ada gambar yang betul-betul cantik aku upload. Cuti nie banyak yang aku dapat. Dapat kenal dan jumpa geng-geng KLIK. huh.. Sek-sek ganah blako. Nati dapat lens 70-200 f2.8 boleh masuk stadium, shoot booola! Kelantan FA. Tunggu.. nak amik d300. huhu.. Besar angan-angan! Tunggu dan lihat!

24 June 2009

Nina Karina Cinta Pertama

Layan lagu Mega - Nina Karina. Mengusik kalbu.waaa...hehe :D Antara kumpulan rock melayu yang aku minat adalah kumpulan ni. Lagu dia sedap. Suara dia power. Lirik di mengusik. Banyak lagi lagu dia antaranya Suara Cinta, Bayangan Gurauan dan Takdir dan Waktu. tp sekarang ni lagu ni sesuai untuk aku kot. :D



Sebak di dada ku lihat wajah
Nina Karina si jelita
Menggulung kasih cinta pertama
Yang tersurat...hanya
Bisikan semalam

Kerasnya ombak menyisir pantai
Memaksa pasir untuk berubah
Tidak hati hati, adakah hatimu
Walaupun pedih...

Tanpa purnanma malam gelita
Tanpa rahsia hilanglah takhta
Tanpamu bisakah aku setia...

Oh Nina Karina
Oh lupakah dia
Cinta dan gelora
Kau hadiah untukku

Jalan-Jalan Kota Bharu

Pada 14 Jun rasanye. Aku Aziman Akmal dan Atiyya telah sepakat untuk keluar jalan-jalan sambil bowok kamera. Outing KB. Mula pukul 3 sampai la lepas maghrib. Dari Masjid Muhammadi ke Pasar Siti Khadijah ke Pantai Chenta Berahi :D dan ke belakang Ridel Hotel untuk percubaan CLS. tapi cuaca tak berapa cantik. Nak hujan. Jadi sunset pom tak cantik.

ok nie antara gambar-gambar yang diambil.












18 June 2009

SpeedTest

Aku tra Malaysian Typing Speedtest.. raso derah doh naip..tp ho laa.. nie jah laaa.

47 perkataan

Speedtest

14 June 2009

Perginya Seorang Pejuang

13 Jun - Dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang da'i yang cukup terkenal di medan lapangan dakwah, Syeikh Fathi Yakan, pada jam 4:45pm,Sabtu 13 Jun 2009 di Hotel Dieu Hospital (mengikut pengumuman dari The Islamic Action Front,Lebanon) selepas bertarung dengan penyakitnya beberapa lama. Beliau yang merupakan Ketua Pakatan Amal Islami Lubnan meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Tarablus, Utara Lubnan. Sepanjang penglibatan dalam amal Islami, beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh utama dan penting bagi gerakan dakwah Islam di Lubnan secara khususnya dan di seluruh dunia Islam secara umumnya. Beliau merupakan pengasas gerakan dakwah Islam di Lubnan pada tahun 1950-an.

Beliau juga telah memainkan peranan yang sangat penting dan meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam meletakkan dasar-dasar utama kepada pemikiran dan fikrah gerakan-gerakan Islam di dunia Arab dan Islam. Di antara siri karya-karya da'awie beliau yang banyak digunapakai oleh penggerak-penggerak dakwah adalah buku "Apa Ertinya Aku Menganut Islam", "Permasalahan Dakwah dan Da'iyah" dan "Abjadiyat Tasawwur Haraki dalam Amal Islami". Karya-karya berharga beliau telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain termasuklah bahasa Melayu.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihanraya tempatan Lubnan ada tahun 1992, dan memenangi kerusi Tarablus.

Beliau juga merupakan salah seorang panel Konvensyen Islam Antarabangsa. Di dalam Lubnan, peribadi beliau digambarkan sebagai seorang patriotik, seorang yang menyeru dan berusaha kepada kesatuan perpaduan, dan merungkaikan perselisihan atau perbalahan di kalangan masayarakat Lubnan, terutama sekali di antara golongan majoriti dan minoriti.

Semoga Allah mengampuni dosa beliau, meletakkan beliau bersama para Nabi dan Rasul, para Siddiqin, Syuhada' dan Solihin, mereka semua adalah sebaik-baik teman di sana. Moga Allah mengganjari semua amal beliau semasa hidup, mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menuruti langkah perjuangan, tunjuk ajar dan contoh tauladan yang ada pada peribadi beliau.


Wahai sheikh, kita tak pernah bersua di dunia, kami berharap semoga kita akan bersua di sana nanti. Amin.

05 June 2009

Recent Pictures

Cuti-cuti malaysia.. Tubik nge saim g Danau To'uban sambil jale umoh dio. Pahtu cuti skoloh sibuk nge ore nikoh laa. Pakak nikoh blako doooh. :D

Tendangan Maut Pendekar Laut :D


Photo by aziman


Photog in action..hehe

Photo by Aziman


Photo by Yusran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...