



Kami akan menahan bot-boat mereka, menanggalkan enjin bot ini. Seterusnya bot mereka akan ditunda ke tengah-tengah lautan dan kami akan meninggalkan mereka di sana. Angin akan membawa mereka ke India atau ke mana-mana tempat lain. Jika kami tidak berbuat begini, mereka ini akan kembali semula ke sini"
Inilah kenyataan seorang pegawai tentera laut Thailand sewaktu terdedahnya gambar-gambar yang menunjukan bagaimana bot-bot ini ditunda ke tengah-tengah lautan Andaman sebelum dilepaskan begitu saja.

Kebanyakan dari mereka ini akan dihanyutkan ke kepulauan Andaman di India atau di Sumatera, Indonesia. Namun majoriti dari mereka ini mati di tengah-tengah lautan.
Sebelum dilepaskan di tengah lautan, ada antara tahanan ini melaporkan mereka telah dipukul tanpa sebab.
Setakat ini saja, dilaporkan sebanyak 550 orang daripada 992 orang telah mati di tengah lautan.
Cuba bayangkan jika kita dilepaskan di tengah-tengah lautan, tanpa enjin dan dengan makanan yang kurang dan tanpa halatuju.

Kematian (baca : Pembunuhan) umat Islam seperti ini berlaku di depan mata kita tanpa kita dapat berbuat apa-apa. Mujurlah kerajaan India dan Indonesia bersimpati dan berperikemanusian ke atas mereka ini dengan menahan serta memberi makanan dan perubatan kepada mereka.
Negara Thailand memang terkenal dengan kekejaman mereka terhadap umat Islam pasti akan menerima padahnya suatu hari nanti.
sumber : Al-Jazeera
3 comments:
apasal tv3 td kata kerajaan junta plak? mana satu yg betul? TV3 @ Al Jazeera?
Itu yang membuat saya bertambah menyampah terhadap negeri Thailand ni! Kurang ajar dan sungguh biadap!! Lihat sahaja pada Islam majoriti di Thailand. Diinjak-injaknya dengan zhalim sekali. Dipaksa makan khinzir dan sebagainya. Junta menindas sementara Thailand pula mendera!! Dan sementara di Indonesia mereka diusir!! Nasib baik tak sampai ke Singapura. Kalau tidak, kena sebat. Kejam kan?? Hanya Malaysia sahajalah yang mempunyai hati perut untuk selamatkan mereka saudara seislam kita.
Allah sdh tunjuk ke atas Thailand. Tengok lah... tukar ganti PM tapi tak aman. Thailand bkn lagi Thailand yg aku kenal dulu... Tok Sami nya tak kuat lagi... Tinggal Pegawai Tinggi nya yg bongkak... Raja nya pun sdh tua... Moga Thailand d beri sinar keIslaman ... Amiinn...
Post a Comment