Pages

Muqaddimah

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog areMaL. Blog ini adalah merupakan blog sendirian berhad. Segala yang tercatat dalam blog ini adalah hak pemilik blog kecuali diberitahu. Jika terdapat kesalahan fakta, kesalahfahaman isu atau yang berkaitan dengannya sila hubungi terus blogmaster :D

Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar HIJAU. Bersabarlah sekejap menunggu warna HIJAU itu, sementara warna MERAH dan KUNING silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" TGNA

Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk dapat menolongmu,Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlahmu sekalipun pakar yang menunjukkannya.
www.flickr.com
areMaL's items Go to areMaL's photostream

28 December 2008

Sejarah Penggunaan Tahun Hijri

oleh : al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Umat Islam baharu sahaja menyambut tahun baru hijri. Pernahkah kita menyelusuri sejarah penciptaannya dan penggunaannya? Penggunaan tahun hijrah bermula selepas 7 tahun kewafatan Rasulullah saw iaitu pada tahun ke 17 Hijrah di zaman pemerintahan Sayyidina Umar bin al-Khattab. Sebelumnya mereka hanya menggunakan hari dan bulan sahaja tanpa tahun. Bulan yang telah diterimapakai sejak zaman Rasulullah saw ialah Ramadhan, Syawwal, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Safar, Rabi`ul Awwal, Rabi`ul Akhir, Jumadil Awwal, Jumadil Akhir, Rajab dan Sya`ban. Penentuan hari ialah dengan melihat bulan yang timbul di waktu malam.


Abu Nu`aym al-Asbahani meriwayatkan dua cerita tentang sejarah penggunaan tahun di zaman Umar. Satu riwayat menyebut, sampai pada Umar dokumen kewangan bertulis Sya`ban. Lalu timbul pertanyaan dalam diri Umar; ini Sya`ban bila? Yang baru ini ke? Atau yang sebelumnya lagi. Satu lagi riwayat menyebut bahawa ada di kalangan gabenor wilayah Islam di zaman Umar mengadu kepada Umar; setiap kali datang surat kamu pada kami, ia tidak mempunyai tahun. Kami tidak pasti bilakah ia dihantar kepada kami. Lantaran itu, Umar menjemput para Sahabat untuk membincangkan penentuan tahun.

Mereka bersetuju bahawa penentuan tahun perlu dibuat berdasarkan peristiwa besar yang berlaku. Persoalannya apakah peristiwa yang boleh dijadikan asas kalendar Islam? Beberapa cadangan diberikan, antaranya berasaskan kelahiran Nabi saw, berasaskan kenabian, berasaskan penghijrahan dan berasaskan kewafatan. Namun, Umar bersetuju dengan hijrah sebagai asas dengan alasan: “Hijrah itu membezakan antara kebenaran dan kebatilan”. Dengan itu, diisytiharkan hijrah sebagai asas pengiraan tahun bagi umat Islam. Tahun perbincangan itu berlaku ialah 17 tahun selepas berlakunya hijrah Rasulullah saw, bererti ia merupakan tahun 17H.

Seterusnya timbul pula persoalan; bulan manakah yang akan dimulakan tahun hijrah? Beberapa pandangan dilontarkan. Antaranya Ramadhan, Syawal dan Muharram. Umar memilih Muharram dengan alasan: “Muharram adalah bulan orang ramai bersurai”. Maksudnya, bersurai daripada mengerjakan ibadah haji. Ibadah haji dilakukan pada bulan Zulhijjah. Ia adalah perhimpunan besar-besaran umat Islam seluruh dunia. Tentu banyak pengalaman menarik sepanjang berhimpun yang boleh mencorak keperibadian muslim yang lebih baik. Kepulangan mereka ke kampung halaman masing-masing selalunya pada bulan Muharram. Mereka kembali pula dengan keperibadian baru selepas mendapat pengampunan dosa hasil ibadah haji. Justeru, sangat sesuai ia dijadikan sebagai bulan pertama kalendar Islam. Dengan itu, bermulalah penggunaan tahun hijrah dengan Muharram sebagai bulan pertama seterusnya Safar, Rabi`ul Awwal, Rabi`ul Akhir, Jumadil Awwal, Jumadil Akhir, Rajab dan Sya`ban, Ramadhan, Syawwal, Zulkaedah dan Zulhijjah sebagai bulan ke 12.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Masihi 2009

Selamat tahun baru Hijrah 1430 dan tahun baru Masihi 2009 kepada semua pembaca-pembaca setia blog ini. hehe. ado ko hok setia nie.. Mitok2 ado walaupom jadi silent reader :D Semoga hari-hari yang mendatang lebih baik dari hari semalam. Untuk pengetahuan semua, ambo.. akan bertolak ke ibu negara pagi 29 Disember doh. Terpaksa meninggalkan rumah untuk menyambung pengajian dan perjuangan di lapangan kampus, UTM International Campus Kolumpo. :-) . Semesta ini paling susah, ada subjek 3 tahun 3, 5 subjek tahun 2 dan ada dua masa yang clash. Parok nie...keno kecek molek nga lecturer. Yang tentunya makin susah la nak update blog yang memang dah tak terupdate nie.

Untuk pengetahuan, bulan Januari ini ada muktamar Persatuan Mahasiswa Islam UTMKL. Dan kami, akan melepaskan jawatan kepada adik-adik penyambung rantai-rantai perjuangan. Dan kepada sahabat-sahabat PMI yang ada terbaca tulisan ini, saya memohon seribu kemaafan kerana tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam apa-apa jua program sepanjang kita bersama dan selama saya memegang jawatan tersebut. Insyaallah reda Allah bersama kalian.
Pilihanraya Kampus juga akan diadakan pada bulan Januari. Sama-sama berdoa agar Pro-Mahasiswa berjaya kekalkan kemenangan di Kampus KL :D

Andai hari ini milik kita, gunakanlah sebaiknya kerana esok belum tentu untuk kita.
Andai hari ini merancang sesuatu untuk esok, rancanglah sekemas mungkin tapi jangan lupa pada takdir yang menentukan segalanya.
Andai esok buat kita kecewa, redhalah dengan ketentuannya.
Sengaja DIA tentukan sedemikian agar kita terus berhati-hati untuk lusa yang menjelma.
Andai lusa masih ditakuk yang lama, tiada perubahan malah kekecewaan berlarutan.
Sedarlah, DIA memang suratkan begitu agar kita sedar siapa kita disisiNYA.

Semoga lebih bersedia untuk segala kemungkinan yang tiba biarpun sudah berusaha :-D

27 December 2008

Cromok & D' Cromok


Cromok

Pengenalan - Band D'Cromok yang ditubuhkan oleh Khairuddin Mohamad aka Din, yang dahulunya berasal dari band Cromok. Din mendapat pendidikan di University Of Wollongong, Sydney, Australia (Kejuruteraan Awam).

Semasa di Sydney, Australia, Band Cromok pernah membuat persembahan di kelab The Den, Teacher's Club, Royal Hotel dan Hills Inn. Ketika album pertama mereka belum dipasarkan di Malaysia, lagu-lagu mereka dalam album demo Image Of Purity (1990) telah kerap dimainkan dalam rancangan The Metal Show dan The Witching Hours menerusi Radio 2RRR's (Australia) dan rancangan The Metal Show di Radio 2SER FM (Australia). Rencana mengenai mereka juga telah diterbitkan oleh majalah Hot Metal (Australia) keluaran Jun 1989 dan Disember 1990. Album demo Image Of Purity (1990) dilaporkan terjual sebanyak 1,000 unit di Australia (Utusan Malaysia, 6 Mac 1992). Selepas pulang ke Malaysia. Din kemudiannya menubuhkan band D'Cromok.

Rujuk sini untuk detail Cromok
Rujuk sini untuk detail D'Cromok


Din

Kebanyakan lagu rock melayu lama adalah berkenaan dengan hentikan peperangan, perangi dadah dan hidupkan semangat. Kumpulan Thrash melayu bukan seperti kumpulan luar negara yang kebanyakannye anti agama dll. Ngarut banyak.

Berikut adalah sedikit lagu dari kumpulan D'Cromok yang menarik. :-D

  • Lagu 'A letter' adalah terjemahan surat dari malik bin Dinar.
  • Lagu bertajuk 'Huzaifah Ibnu Yaman'
  • Lagu 'Love is' berkisaran kecintaan terhadap tuhan sebagai cinta terulung.
  • Lagu 'Parmanent Midnight' berkisarkan peringatan tentang hari kiamat.
  • Lagu 'For Whom it May Concern' berkisarkan hindari godaan syaitan'



VII Years VII Days (1995)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 01 - Metallurgical II.mp3 (2.3MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 02 - Huzaifah Ibnu Yaman.mp3 (5.2MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 03 - Bedtime Tales.mp3 (3.5MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 04 - The Flood.mp3 (5.2MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 05 - Permenant Darkness.mp3 (3.3MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 06 - The Four Seasons.mp3 (2.5MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 07 - A Letter.mp3 (3.8MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 08 - Metallurgical III (Suite).mp3 (5.6MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 09 - The Whom It May Concern.mp3 (4.2MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 10 - A Dream.mp3 (3.7MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 11 - Love Is.mp3 (3.9MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 12 - Attrative Enigma.mp3 (2.7MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 13 - That Dream Is Most Evil.mp3 (3.9MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 14 - Adamaina.mp3 (3.8MB)
  • D'Cromok - VII Years VII Days - 15 - Metalrgical III (Reprise).mp3 (1.3MB)

18 December 2008

Lembu Keno Semelih

Di sini ada ada sedikit turutan gambar semasa membuat korban pada pagi Hari Raya Aidil Adha di Kampung Padang Embun.. (alah tendong) Pasir Mas, Kelantan.

Minta maaf banyok2. Sebab tok dam nak post hok nie. tp takpolah. Ado tigo ekor..tp nie gamba hok lembu nombo duo.. malas nak pegang kamera lamo-lamo. :D


Nie lembunye. ejah buat Vivid. tu kaler jadi nyela skit tuh.


Smile......


Para penonton telah lama menunggu untuk menyaksikan peristiwa yang
jarang-jarang berlaku. hehe. tekan Read more untuk seterusnya.....


Di bawa ke tempat untuk disembelih. Lembu wak rilek jah.


Usaha untuk menumbangkan seekor lembu memerlukan cara dan teknik yang betul. Keno ado ore panda nih.


Penonton dari kalangan Muslimah. hehe


Hoh..pakak pehe blako!!!!


Bismilallahirrahmanirrahim..




Lembu dilepaskan


dan semua telah siap dilapah dan dibahagikan..hehe gambar yang semasa dilapah tak diambil. Harap maaf. Semua gambar telah dikecil kan. Untuk gambar yang lebih besar dan jelas sila ke my Flickr. teke tepi tu jah.

AidilAdha

Gambar yang diambil di kampung. Layan....walaupun tak se pro saifulnang dan paka lens stendet..hehe Jom berkenalan dengan org dalam gambar nie.. Untuk gambar yang lebih jelas. Sila ke Flickr areMaL.


Anok sedaro


Sepupu


Rama-rama


Capor-capor


Pok Sedaro nga Abe


Kakok

08 December 2008

Makna Ibadat Qurban

Tanggal 10 Zulhijjah, suatu tarikh yang amat bermakna dan bersejarah bagi seluruh umat Islam, tak kira di mana jua mereka berada. Tarikh inilah yang membawa kepada suatu nilai pengorbanan seorang hamba kepada Penciptanya sebagai tanda taat, kasih, dan pengabdian seorang hamba. Hari ini dikenali sebagai Hari Raya Qurban atau Eidul Adha, kisah Nabi Ibrahim a.s yang bermimpi menyembelih anaknya, Nabi Ismail, kemudian dibicarakan mimpi itu kepada anaknya, lalu anak yang kecil ini rela dan reda mengorbankan diri sendiri untuk disembelih oleh bapanya, seandainya itu adalah daripada suruhan Allah Taala. Sudah pasti Allah Taala Maha Mengetahui akan keikhlasan yang tersembunyi di dalam hati kedua-dua hamba-nya ini, lalu ketika mana pisau sudah diletakkan di leher Nabi Ismail, tiba-tiba Qibaslah yang terpotong dan menjadi korban, manakala Nabi Ismail terselamat.

Jelas di sini,Qurban telah disyariatkan kepada umat terdahulu bahkan ia juga disyariatkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w di dalam mengingati kembali nikmat Allah kepada Nabi Ibrahim a.s kerana taatnya dan patuhnya kepada Allah Taala, malah dalam bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada-Nya. Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud :

“Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, makaTuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepadaNy. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah” (al-Hajj:34).

Sudah pastinya,jika dilihat kepada makna qurban itu sendiri, dari segi bahasa bererti dekat, mendekatkan diri. Manakala dari segi syaraknya ialah menyembelih haiwan dengan tujuan untuk ibadah kepada Allah S.W.T pada hari raya Eidul Adha iaitu pada 10 Zulhijjah dan dinamakan hari Nahar, dan hari-hari Tasriq pada 11,12,dan 13 Zulhijjah.

Bagaimana pula dengan fadhilat atau kelebihan mengerjakan qurban? Terdapat juga golongan yang anti-Islam menyatakan bahawa qurban yang dilakukan oleh umat Islam ini adalah semata-mata membazirkan duit, tambahan lagi daging binatang yang disembelih itu perlu bahagikan kepada orang lain pula. Malah qurban ini juga membazirkan masa kerana proses melapah, memotong daging dan sebagainya ini memerlukan masa yang lama. Walau bagaimanapun sebagai seorang Islam, tidak patut sekali kita berfikiran sebegitu, dan jangan pula terpengaruh dengan propaganda sebegini, tetapi kita sepatutnya yakin dengan apa yang disyariatkan Allah Taala kepada hamba-Nya adalah yang terbaik bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

Di sini akan dibincangkan beberapa hikmah dan fadhilat qurban, antaranya; qurban dapat menghidupkan sunah Nabi Allah Ibrahim a.s sebagaimana yang kita ketahui melalui sejarah pengorbanannya atas dasar cinta dan kasihnya kepada Allah Taala. Seseorang yang lemah iman, dalam masa yang sama kasih dan cinta kepada Penciptanya tidak akan sanggup mengorbankan anak kesayangannya. Sebagaimana Allah Taala pernah menyebut di dalam firmanNya yang bermaksud; “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untük menjadi harapan” (al-Kahfi:46) .

Selain daripada itu,ibadah qurban juga mendidik jiwa ke arah taqwa,mendekatkan diri kepada Allah, malah ibadah ini juga mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah Taala. Contohnya, sifat tamak dapat dikikis apabila orang yang mengerjakan qurban itu dapat menghayati dengan sebaiknya betapa tidak ternilai banyaknya rezeki pemberian Allah kepadanya berbanding orang-orang yang tidak mampu. Rezeki kurniaan Allah ini dapatlah dibahagikan dan dikongsi bersama dengan orang yang susah, bahkan ia juga menambahkan rasa syukur seseorang dengan rezeki yang diperolehnya.

Ibadah qurban juga mengeratkan silaturahim sesama manusia terutamanya antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik. Ini dapat kita lihat masyarakat kampung berkumpul dan bergotong-royong melapah daging bersama pada musim hari raya sebegini sahaja,kerana kebiasaannya setiap orang sibuk menguruskan masa masing-masing dengan kerja, mencari wang dan sebagainya tanpa mempunyai masa bertanya khabar jiran tetangga. Hari Raya Qurban antara masa yang terbaik untuk menjalinkan hubungan dan ukhuwah bersama jiran tetangga.

Hakikatnya, ibadah qurban yang disyariatkan Allah Taala bukanlah tiada maknanya seperti yang diungkapkan oleh golongan anti-Islam cuma kita yang kurang ilmu ini tidak ketahui betapa banyaknya fadhilat setiap apa yang disyariatkan Allah termasuklah ibadah qurban. Kita termakan kata-kata dan propaganda palsu daripada mereka yang membenci Islam, kita tidak berusaha membudaya dan menuntut ilmu untuk mengetahui hakikat dan kebenarannya.Oleh itu, sebagai umat Islam yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, adalah semestinya kita membudayakan ilmu duniawi mahupun ukhrawi dalam memperlengkapkan diri menjadi mukmin yang sejati, yang mengetahui hakikat pengorbanan itu.


AEMY ELYANI MAT ZAIN

HEWI-PKPIM UIAM GOMBAK

04 December 2008

Pondok Repek

Sepetang di Maahad Tahfiz Darul Quran wal Qiraat Repek Kelantan. Pergi ziarah anok sedaro di sana. Program cuti sekolah, dari duduk sajo drumoh lalu bapok dan mok mereka pom mengambil inisiatif untuk menghantar anak-anak mereka kesana. Lalu aku yang keboringan membawa bersama D70s untuk men'snap' telatah anok-anok sedaro ku disana. Dan inilah hasilnya :) Nikmatilah bersama. hehe






Sahabat


Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya."

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
oleh:Haslinda Lukman

02 December 2008

Ubuntu 8.10 & Vista

Lama dah tak menulis. Malas. :D
Sekarang musim bah atau ore luar panggil musim tengkujoh. Negeri-negeri alik pantai timur huje sokmo. Nok tubik jale pom malas. Duk kat rumah format komputer, install Vista dan update ubuntu dari 8.04 ke 8.10 intrepid ibex. Kadang-kadang kena servis jugok komputer nie. Supo keto laa.
Pernah guna Ubuntu? Sedak guno goni. Mudah Cepat Percuma dan Selamat. Tak payah anti virus. Internet pom laju. Ado effect comel (compiz) hehe. Kalau orang yang tak biasa tengok mesti kata 'ganahnyo goni'.Sebenarnya ambo dah lama guna Linux. Masa Form 4 tahun 2004 dulu ada install Redhat versi 9.0 rasanya dalam komputer. Okla saja nak test. :D Apa beza linux dengan Windows? Vista slow. Berat. Wireless, kalu signal tak kuat tak dapat connect. Internet pom slow. Download torrent lagi laa bolot. Tapi sebab ada banyak lagi software digunakan dan nak main game PES 2009 & NFS Undercover :D terpaksalah install Vista jugak. Nak guna wine tok rok.Nok Tera lebih-lebih pom tak reti doh. Kalau nak tahu lebih lanjut sila ke http://melayubuntu.blogspot.com/ . Kepada siapa-siapa yang nak mencuba boleh lah ke http://www.ubuntu.com/. Insyaallah post lain kali akan upload gambar banjir dan gambar bertema 'Mengarung Air Sangat Sedap' hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...