Pages

Muqaddimah

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog areMaL. Blog ini adalah merupakan blog sendirian berhad. Segala yang tercatat dalam blog ini adalah hak pemilik blog kecuali diberitahu. Jika terdapat kesalahan fakta, kesalahfahaman isu atau yang berkaitan dengannya sila hubungi terus blogmaster :D

Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar HIJAU. Bersabarlah sekejap menunggu warna HIJAU itu, sementara warna MERAH dan KUNING silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" TGNA

Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk dapat menolongmu,Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlahmu sekalipun pakar yang menunjukkannya.
www.flickr.com
areMaL's items Go to areMaL's photostream

07 November 2009

Hati Wira Merah Putih

Piala Malaysia 2009 - Final



diubahsuai dari soundtrack Queen Of Langkasuka. Lagu ini dibuat khas sempena kejayaan Pasukan Bola Sepak Kelantan Mara ke final Piala Malaysia 2009

05 November 2009

Kelantan Mundur? - Satu Dakyah Memalukan

Bila ada pilihan raya kecil, isu Kelantan mundur telah dilaungkan dalam kempen, termasuk oleh pemimpin besar negara, tetapi ianya segera diberhentikan seperti seolah-olah tersasul. Ini berpunca dari dakyah media yang berjaya memperdaya otak penduduk Malaysia termasuk pemimpin tinggi negara.

Semasa satu rombongan dari kampung dibawa ke KL pada 2004, salah satu tempat yang dilawati ialah Kementerian Dalam Negeri, semasa taklimat, antara maklumat yang diberikan ialah, hampir 50% daripada penuntut keseluruhan IPTA dan IPTS adalah pemegang kad 03 iaitu asal dari Kelantan, selebihnya ialah bangsa lain dan orang Melayu negeri lain. 70% daripada pegawai dan guru-guru kumpulan A adalah orang Kelantan.

Perkembangan ilmu di Kelantan bermula sejak lebih seratus tahun dahulu dan terkenal diseluruh Nusantara semasa berkembangnya pengajian pondok.

Kepada sesiapa yang pernah belajar di Universiti atau belajar sekolah asrama penuh akan tahu tentang jumlah pelajar Kelantan. Ini bermula sejak sekolah menengah Melayu diujudkan pada awal 70 an. Baru-baru ini saya sempat bertannya dengan pelajar UPSI dan UUM, kedua-duanya mengatakan 40% dari pelajar adalah orang Kelantan.

Modal insan yang amat luar biasa ini telah membawa perubahan besar dari segi penduduknya. Penduduk Kelantan adalah paling maju di Malaysia jika dikira dari segi orang Melayu. Mall dan Hypermarket mencatat jualan terbesar di Malaysia. Trend baru sekarang ialah Supermarket dibina di kampung-kampung di Kelantan.

Mengapakah modal insan mampu membawa perubahan begitu besar ? Dengan pendidikan tinggi, mereka tergolong para profesional, ahli perniagaan di seluruh Malaysia dan luar Malaysia dan berkhidmat disektor awam dan swasta. Segala kekayaan yang diperoleh dibelanja di Kelantan.

Kerajaan hanya mampu membina jalan raya, sekolah, universiti, pejabat kerajaan dan lain-lain. Tetapi dari segi penduduk Melayu tidak banyak berubah. Ini berlaku diluar Kelantan. Banyak yang masih berada di tahap lama dan amat mengejutkan orang Kelantan, bila mereka berkunjung kenegeri lain dan melihat keadaan orang Melayu negeri lain.

Ledakan pembinaan rumah-rumah mewah diseluruh kampung di Kelantan adalah satu fenomena yang amat luar biasa. Ada ratusan rumah mencecah jutaan ringgit dan kalau di Selangor boleh bernilai hingga 20 juta. Jika dibuat bancian mungkin nilai rumah kediman di seluruh Kelantan ini boleh mengatasi rumah kediaman di Selangor. Fakta ini sepatutnya tidak disembunyikan.

Pada masa ini, mana-mana pelajar Kelantan yang belajar di Universiti, ibu bapanya juga lepasan universiti. Ini kerana perkembangan ilmu telah lama berlaku di Kelantan sejak nenek moyang mereka dahulu. Negeri lain perlukan mungkin 20 tahun lagi untuk mencapai tahap ini.

Bayangkan jika semua pelajar universiti dari Kelantan di bawa balik ke Kelantan, hampir separuh dari universiti akan kosong.

Kempen Kelantan mundur patut dihentikan segera kerana memalukan bagi orang mengeluarkan kata-kata itu dan akan memakan diri orang Melayu diluar Kelantan kerana menyangka mereka lebih maju dan akan terkejut besar bila melawat, terutamanya diluar bandar di Kelantan.
Orang Kelantan sebenarnya menguasai Malaysia seperti mana orang Yahudi menguasai Amerika

Sumber

31 October 2009

Kelantan ke Akhir Piala Malaysia

Akhirnya Kelantan berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan mengalahkan Perlis 5 berbalas 1 Agg. dan selepas ini akan berdepan dengan Negeri Sembilan di Bukit Jalil.VS
Maghi blako ko Bukit Jalil pulok! Kito pakak g rama-rama. Biar meroh blako tepak duduk.hahaha Bukit Jalil tu stadium HOME no 2 kito key! Gomo Klate Gomo!

25 October 2009

Does Allah Exist?

A man went to a barber shop to have his hair and his beard cut as always.He started to have a good conversation with the barber who attended
him.They talked about so many things and various subjects.

Suddenly, they touched the subject of ALLAH. The barber said : "Look man, I don't believe that ALLAH exists as you say so."
"Why do you say that?" Asked the client.Well, it's so easy, you just have to go out in the street to realize that ALLAH does not exist. Oh, tell me, if ALLAH existed, would there be
so many sick people? Would there be abandoned children? If ALLAH existed, there would be no suffering nor pain. I can't think of a ALLAH who
permits all of these things." The client stopped for a moment thinking but he didn't want to respond so as to prevent an argument.
The barber finished his job and the client went out of the shop. Just after he left the barber shop he saw a man in the street with a long
hair and beard (it seems that it had been a long time since he had his cut and he looked so untidy).

Then the client again entered the barber shop and he said to the barber :
" Know what? Barbers do not exist."
"How come they don't exist?"-asked the barber. "Well I am here and I am a barber."
"No!" - the client exclaimed. "They don't exist because if they did there would be no people with long hair and beard like that man who walks
in the street." "Ah, barbers do exist, what happens is that people do not come to me."

"Exactly!"- affirmed the client. "That's the point. ALLAH does exist, what happens is people don't go to Him and do not look for Him that's
why there's so much pain and suffering in the world."

22 October 2009

Palestine



Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya Di mana mereka itu?
Baginda menjawab Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya

21 October 2009

around da World : HK & Shenzen

Peluang yang tak dapat aku tolak. Dapat berjalan-jalan ke HK dan Shenzen China. China Satu negara dua sistem. kat HK driver belah kanan sama mcm Malaysia tp kat Shenzen driver sebelah kiri. Banyak lagi yang sistem yang berbeza kat HK nie. yang aku perasan laa..driver kat HK nie sopan sikit berbanding ngan Shenzen.. Shenzen nie lebih2 kurang mcm KL gak.Ini ada beberapa keping gambar yang aku amik kat HK & Shenzen. China :D Sebenarnya lama dah nak upload gambar nie kat blog tp tak sempat + malas.











nak gambar lagi? masuk tengok kat flickr aku laas...

Pengakuan Lelaki

Kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan ALLAH kecantikan dan postur yang ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
karena itu lebarkanlah pakaian kalian,
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami juga sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh ALLAH suara yang merdu dengan irama yang mendayu, karena itu tegaskanlah suara kalian,
dan berbicaralah seperlunya.

Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi tempat mencurahkan isi hati kami,
waktu luang kami akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian,
karena itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian.

Kami tahu kami paling lemah bila harus berhadapan dengan kalian,
Kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian,
Hati kami akan bergetar ketika mendengar kalian menangis,
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan.

Maha Besar ALLAH yang tahu akan kelemahan hati kami,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhoi-Nya kalian akan halal bagi kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...